Beli Barang Kereta Di Shopee, Maxx ‘N Go Datang Pasangkan

April 02, 2019 - 12:23 PM


Aplikasi Maxx ‘N Go merupakan satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penyelengaraan kenderaan yang menawarkan perkhidmatan mengikut masa dan lokasi pengguna sendiri. Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna, untuk melakukan penyelengaraan kenderaan tanpa perlu keluar ke bengkel kereta.

Situasi biasa yang berlaku adalah, ramai diantara pengguna terlepas tarikh atau jarak yang sepatutnya kenderaan mereka diselenggara. Ini tidak akan menjadi masalah lagi dengan adanya Maxx ‘N Go.

Terbaru, Maxx ‘N Go menjalinkan kerjasama eksklusif bersama platform e-dagang terkemuka, Shopee dalam menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna Shopee.

Ini bermaksud, setiap barangan yang dibeli melalui Shopee sama ada alat ganti kenderaan, minyak pelincir mahupun aksesori akan dihantar dan dipasang oleh Maxx ‘N Go.

Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Shopee, beli barangan atau aksesori pilihan mereka daripada penjual yang mengambil bahagian dan pihak Maxx ‘N Go akan menghubungi pembeli melalui Shopee atau secara terus untuk menetapkan temujanji pemasangan.

Jadi, sebagai pengguna. Dah tak pening kepala untuk fikir kedai mana yang boleh pasangkan atau buatkan service untuk kereta kita tu.

Untuk mencari penjual yang mengambil bahagian, pengguna hanya perlu mencari ‘Maxx ‘N Go’ di Shopee atau produk yang mempunyai logo Maxx ‘N Go di aplikasi jualan Shopee.

Macam contoh, dibawah ini...

Lebih menarik, pihak Maxx ‘N Go bukan sahaja datang menghantar dan memasang barangan yang dibeli, mereka juga akan melakukan pemeriksaan 15-point penting di kenderaan anda SECARA PERCUMA.

Buat masa ini, perkhidmatan Shopee dan Maxx ‘N Go ini hanya meliputi kawasan Lembah Klang dan Seremban tetapi menurut Ketua Pengarah Tekninal Maxx ‘N Go, Tengku Djan Ley, mereka dalam usaha untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebagai tanda bermulanya kerjasama ini, Maxx ‘N Go dan Shopee akan menawarkan promosi pelancaran 3-dalam-1 bermula daripada 3 April 2019 hingga 5 April 2019. Potongan sebanyak 20% akan ditawarkan selain diskaun ke atas barangan yang dibeli melalui penjual yang mengambil bahagian serta penghantaran dan pemasangan percuma daripada Maxx ‘N Go bernilai RM35.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Shopee ataupun Facebook Maxx ‘N Go.