[GIVEAWAY] Tiket Wayang Filem 'My Stupid Boss 2' Untuk Dimenangi!

August 16, 2019 - 12:02 PM


Selepas menjadi filem pecah panggung pada tahun 2016, filem My Stupid Boss kini kembali dengan sekuel keduanya iaitu "My Stupid Boss 2" yang juga bakal menggegarkan wayang dengan lawak pecah perut!

Filem komedi Indonesia-Malaysia yang diadaptasi daripada 4 siri novel tulisan Chaos@Work mencetuskan fenomena tersendiri apabila muncul antara 5 filem box-office di Indonesia dalam tempoh sedekad ini.

My Stupid Boss 2 arahan Upi Avianto ini merekodkan sejarah luar biasa apabila telah ditonton lebih 2 juta orang hanya dalam masa 15 hari tayangannya! Gempak, kan!

Filem ini akan mula tayangannya di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Ogos ini.

Dalam sekuel kedua ini, Bossman bersama Diana, Mr. Kho dan Adrian telah pergi ke Vietnam untuk mencari pekerja baru berikutan krisis yang berlaku di syarikat perusahaan Bossman hingga menyebabkan ramai kakitangannya meletakkan jawatan.

Masih dengan tingkah lakunya yang aneh dan menjengkelkan, di Vietnam juga Bossman tetap buat perangai yang pelik-pelik hingga mencetuskan pelbagai masalah.

Ia bermula apabila Bossman melanggar perjanjian pemberian gaji yang telah dipersetujui dengan pekerja Vietnam dan menyebabkan kekecohan hingga akhirnya terpaksa berlarutan ke balai polis.

Masalah tak berakhir hanya di situ, bila Norashikin dan Azahari pula didatangi Gangster yang meminta Bossman untuk melunaskan hutangnya di syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Perbuatan Bossman ini membuat Diana dan kawan – kawan geram dan berfikir mereka harus melakukan sesuatu.

Masih mengekalkan barisan pelakon seperti dalam filem pertama, My Stupid Boss 2 dibintangi oleh watak utamanya iaitu Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah, Ledil Putra, Atikah Suhaemi, Zulkarnaen, Oey, Alex Abbad, Melissa Karim, Solaiman, dan Sahil Shah.

Nak tahu apa pengakhiran yang bakal dilakukan oleh para pekerja terhadap bos mereka yang menjengkelkan itu, korang wajib pergi tengok My Stupid Boss 2 pada 29 Ogos ini tau!

[ Menangi Sepasang Pas Tayangan Perdana My Stupid Boss 2 ]

TGV Pictures Sdn. Bhd telah berbesar hati untuk memberikan sepasang pas tayangan perdana untuk menonton filem komedi My Stupid Boss 2 ini seperti di bawah :

Tarikh : 27 Ogos 2019, Selasa

Masa : 9 malam

Hall : 5

Tempat : TGV Cinemas One Utama

Seperti biasa, kami mencari 20 orang pemenang untuk diberikan sepasang pas ke tayangan perdana filem My Stupid Boss 2 ini.

Sila isikan maklumat seperti di bawah dan pastikan korang tukar akaun Facebook kepada 'public' supaya pihak kami boleh menghubungi atau tag anda di post berkenaan.

***Pemenang akan dihubungi oleh wakil Rileklah pada hari Ahad malam di Facebook!

Apa-apa pun jom kita layan trailer My Stupid Boss 2 ni dulu.