[GIVEAWAY] – Menangi Sepasang Tiket Ke Acara My Voice My Nation 2019

May 28, 2019 - 09:09 AM


My Voice My Nation 2019 merupakan sebuah forum pengucapan awam bermotivasi serta konsert amal yang dianjurkan oleh Sannie Movement (M) Sdn. Bhd dan Relement Group Sdn Bhd bakal diadakan pada 26 Jun 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara yang berkonsepkan ‘edutainment’ ini akan menampilkan ramai personaliti dalam dan luar negara dalam seni pengucapan awam.

Secara ringkasnya, program ini bakal mengumpulkan ramai personaliti daripada pelbagai latar belakang untuk memberikan perkongsian yang berkisarkan perjalanan hidup mereka sebelum mereka berjaya untuk dijadikan sumber inspirasi.

My Voice My Nation 2019 bakal menampilkan ramai barisan speaker yang hebat lagi berprestij dalam dan luar negara. Antara nama besar yang bakal berkongskan kisah perjalanan hidup mereka adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, Tun Dr. Siti Hasmah pula dikhabarkan akan membuat suatu persembahan khas.

Selain daripada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, antara nama lain yang akan turut hadir untuk memberikan inspirasi kepada pengunjung adalah Tan Sri Tony Fernandes, serta Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Kalau nak ikutkan, harga tiket bermula daripada RM188 sehinggalah RM 688 dan ianya adalah konsep membeli sambil menderma, yang mana hasil daripada kutipan akan dimasukkan dan disumbangkan kepada Yayasan Atlet Paralimpik Malaysia yang turut akan dirasmikan pada malam yang sama.

[ GIVEAWAY @ RILEKLAH.COM ]

Berita baik buat pembaca Rileklah.com, kitorang nak bagi sepasang (dua keping) tiket kepada 10 orang pemenang bertuah.

Macam mana nak menang?

Senang je…. Buat satu ayat simple “ Saya Nak Pergi Ke My Voice My Nation 2019; sebab….” (OK- Ni gurau) Jangan ada yang buat pulak ye… Hehe…

Macam biasa; korang dikehendaki mengisi borang yang disediakan dibawah ni dan ikuti syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat 1 : Isi Borang, Submit
Syarat 2 : Like / Follow Page Rileklah di Facebook

Syarat 3 : Like dan Share Post Ini Di Facebook. Simple =D

Syarat 4 : Jangan privatekan FB, pastikan public ye. Kalau tak kami susah nak check!