Jom Menangi Sepasang Tiket Konsert HYOLYN 1st World Tour [TRUE] 2019

May 16, 2019 - 02:16 PM


Salah seorang bekas ahli kumpulan SISTAR, Hyolyn yang aktif dengan karier solonya akan membuat satu persembahan di konsert jelajahnya di Kuala Lumpur.

Bakal berlangsung pada 28 Jun 2019, siri jelajah 2019 1st World Tour True In Kuala Lumpur tersebut akan diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras.

Konsert solo yang dinamakan ‘TRUE’ ini sebenarna adalah satu siri jelajah yang telah bermula di Seoul tahun lalu sebelum ke peringkat antarabangsa bermula di London. Sebelum Kuala Lumpur pada Jun nanti, dikhabarkan Hyolyn akan membuat persembahan di Berlin, Amsterdam, Paris, Madrid, Taiper, Tokyo dan terakhir di Kuala Lumpur.

Konsert akan bermula jan 8.30 malam dan tiket sebenarnya telah dijual sejak 24 April 2019 lagi.

Tiket dijual pada harga bermula daripada RM230, RM330, RM430 dan RM530 yang mana akan mendapat peluang mengambil group foto bersama Hyolyn sendiri. Berikut adalah layout yang disediakan untuk konsert jelajah berkenaan.

[MENANGI SEPASANG TIKET HYOLYN 1st WORLD TOUR ‘TRUE’ 2019]

Untuk maklumat lanjut, boleh ke WeMediaMy. Tiket boleh dibeli juga di www.buytickets.com.my atau hubungi 03-22800363 untuk sebarang pertanyaan mengenai jualan tiket.