Jom Terbang Ke Can Tho, Bandar Terbesar Delta Sungai Mekong Di Vietnam Bersama AirAsia!

April 10, 2019 - 10:47 AM


AirAsia bakal terbang ke bandar terbesar di Delta Sungai Mekong Vietnam, Can Tho dengan kekerapan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur bermula dua hari lepas (8 April 2019).

Laluan baharu dari Kuala Lumpur ini merupakan perkhidmatan antarabangsa berjadual pertama yang beroperasi ke bandar keempat terbesar di Vietnam itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata syarikat penerbangan tambang murah itu sangat berbesar hati memperkenalkan Can Tho dan memperluaskan rangkaiannya di Vietnam dengan laluan keenam dari Malaysia.

Rumah Binh Thuy

Malah, sebagai kumpulan penerbangan asing yang terbesar dari segi kapasiti di Vietnam, AirAsia juga teruja untuk menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang terus ke Can Tho dari Malaysia.

Jambatan Can Tho

Laluan baharu ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi bandar tersebut, tetapi juga menyediakan peluang baharu untuk rakyat di Delta Sungai Mekong untuk berhubung dengan Asean serta rangkaian AirAsia.

Selain Can Tho, AirAsia Malaysia juga menghubungkan para pelanggannya ke Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi, Nha Trang dan Phu Quoc di Vietnam dengan 85 penerbangan sehala seminggu.

Bagi meraikan laluan baru tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM36* dari 29 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 8 April 2019 dan 25 Oktober 2019 serta boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Ong Pagoda, Can Tho

Terletak di selatan tebing Sungai Hau, Can Tho terkenal dengan pasar terapung, kertas tepung, desa pembuatan tembikar dan terusan luar bandar yang indah.

Ia turut dikenali sebagai “Emas Putih Vietnam” kerana tanahnya yang subur.

Malah, Can Tho juga merupakan pengeluar pertanian terbesar di Delta Sungai Mekong.

Pasar Terapung Cai Rang

Antara tempat yang harus dilawati termasuklah Jambatan Can Tho (jambatan kabel terpanjang yang paling lama di Asean), Ninh Kieu Wharf (tempat yang popular untuk menyaksikan matahari terbenam), Rumah Binh Thuy (rumah dengan rekaan Perancis yang dibina pertama kali pada tahun 1870 sebagai tempat beribadat untuk Keluarga Duong yang telah dipulihkan pada awal abad ke-20) dan Pasar terapung Cai Rang (pasar terapung yang paling popular di bandar ini).

Bun Rieu Cua

Para pelawat juga boleh menikmati bun rieu cua (mi sup ketam berasaskan tomato dan ladu), com ga cam ky (nasi ayam kukus), banh trang tron (mi beras yang dimasak dengan kacang tanah, herba, udang kering, daging kering, telur burung puyuh, mangga cincang dan sos pedas manis) dan bap xao bo (jagung goreng dengan marjerin, bawang hijau dan udang kering).

Berikut jadual penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Can Tho, Vietnam (VCA).

* Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat