Bukan Senang Event -Event Macam Ni Nak Lulus Dekat Malaysia! Ini Sebab Kenapa Transtellar 2018 Lulus...

January 19, 2018 - 11:07 AM


Electronic Dance Muzik ataupun EDM sebagai singkatan merupakan salah satu genre muzik yang sedang meningkat naik di Malaysia. Salah satu cabangnya ialah Trance. 

Kebiasaannya, muzik trance akan menggunakan tempo yang laju serta element yang berulang. Selain itu, antara element yang sering ada dalam muzik trance adalah 'drop' dimana DJ akan menaikkan tempo kemudian akan diikuti dengan sesuatu yang rancak untuk jadikan suasana lebih meriah. 

Muzik rancak serta effect pencahayaan yang menarik sering menjadi perhatian di setiap event trance. Antara yang popular sudah tentulah event ' A State Of Trance atau ASOT'. 

 

Setiap DJ dalam industri trance ini mempunyai gaya serta identiti tersendiri yang boleh dikenalpasti melalui lagu mereka dan kebiasaannya, mereka ini akan dikumpulkan dalam satu pesta untuk memainkan muzik mereka. Antara nama yang popular adalah Armin Van Buuren, Tiesto. Van Dyk dan ramai lagi. 

 

 

Sebagai contoh, event Transtellar yang akan diadakan di Malaysia pada hujung bulan Januari ni. Acara ini dijangkan akan membawa 4 orang DJ antarabangsa, dan bakal diadakan di MiTEC.

Antara nama besar yang disebut adalah Gareth Emery, Feery Corsten, John o'Callaghan dan DJ LTN.

Apa yang ingin dibawakan oleh event Transtellar ini adalah mereka menjanjikan acara bertema.

Tema yang dipilih adalah pengembaraan ke angkasa lepas. Menurut video yang kami jumpa, mereka sangat kreatif dalam menggunakan kesan 3D bagi mewujudkan suasana seakan-akan angkasa lepas.

 

Ini sedikit sebanyak info yang kitorang dapat berkenaan event ni...

Transtellar Musical Festival

Tarikh:27/1/2018 

Lokasi:MITEC (Malaysia International Trade & Exhibition Centre)

Tiket boleh didapatkan di : Transtellar 2018

 

UPDATE TERKINI :

Dikatakan Gareth Emery tak dapat nak join acara ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur iaitu Hybrid Entertainment..

Namun, acara tetap ON!

 

Untuk maklumat lanjut, boleh ke page diorang di Facebook :