Korang Peminat Tegar Batman? Jom Sambut Ulang Tahun 80 Wira Itu Di Genting!

May 10, 2019 - 11:32 AM


Siapa sangka watak adiwira Batman sebenarnya telah mencecah usia 8 dekad lamanya?

Pelbagai evolusi telah dialami ‘Dark Knight’ itu sejak dari tahun 1939 menerusi Detective Comics hinggalah ditayangkan menjadi sebuah filem aksi yang pecah panggung!

Kini demi menghargai sokongan peminat yang setia dari satu generasi kepada generasi yang baru, buat pertama kalinya di Asia Tenggara, sambutan ulang tahun ke-80 Batman bakal berlangsung di SkyAvenue Resorts World Genting selama 2 bulan, mulai hari ini (10 Mei) hingga 10 Julai depan.  

Dengan kerjasama daripada Warner Bros. Consumer Products dan DC Entertainment, pelbagai aktiviti dan pameran dianjurkan di Genting Highlands, khusus buat korang yang bergelar peminat tegar Batman.

 

#1. The Call Is Out @ SkySymphony

Ini merupakan pertunjukan yang wajib & mesti korang tonton sebab ‘The Call Is Out’ ini mencipta rekod dunia apabila menjadi persembahan pertama yang menggunakan 1,001 bebola lampu berubah menjadi pelbagai versi Bat-Emblem dengan warna ikonik wira itu iaitu hitam dan kuning.

Jadi rugi kalau korang tak tonton show ini sebab ia dilengkapi dengan sistem audio dan visual yang memang gempak menerusi skrin gergasi LED 360 darjah serta memaparkan perjalanan 80 tahun Batman dalam pertempuran jenayah dan misi menyelamatkan dunia daripada penjahat ikonik seperti Joker, Harley Quinn dan Bane.

Lokasi: Aras 1, SkyAvenue

Masa: 10.30 pagi - 11.30 malam (Pertunjukan diadakan setiap hari & setiap jam)

 

#2. Batman Experience

Tak lengkap rasanya kalau pengunjung tidak diberikan peluang untuk menelusuri sendiri kehidupan sepanjang 80 tahun Batman menjadi superhero yang bertakhta dalam hati peminatnya sejak dari zaman mereka kanak-kanak lagi menerusi pameran ilustrasi dan Trick-Art Batman.

Di sana juga korang boleh bergambar bersama patung Batman bersaiz sebenar, replika 1:1 patung Batmobile daripada filem arahan Tim Burton pada 1989 dan Batmobile daripada Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016.

Turut dipamerkan ialah Batpod iaitu kenderaan perisai canggih yang diubahsuai untuk kegunaan Batman dalam menggempur jenayah.

Paling menarik yang korang tak boleh ketinggalan adalah persembahan Batman dalam versi Malaysia iaitu Wayang Kulit Batman! Memang sempoi habis beb...

Bagi yang membawa anak-anak, mereka juga boleh bergembira dan menjadi pemandu Batmobile mini dalam trek perlumbaan yang disediakan.

Lokasi: Aras 1, SkyAtrium

Masa: 10 pagi – 10 malam

 

#3. Meet & Greet

Bagi yang teringin nak melihat Batman secara live di depan mata, korang boleh pergi ke sesi 'Meet and Greet' bagi menemui superhero kegemaran ramai itu.

Bila dah jumpa, wajiblah korang selfie dengan Batman yang sado tu, kan? Hehehe...

Lokasi: Times Square Stage, Aras 1

Masa: 12 tengah hari, 4 petang & 9 malam

Tarikh: Mei (10-12, 14-22, 24 & 27) & Jun (3, 11-16 & 21-23)

 

#4. Batman Live Show

Korang nak saksikan sendiri bagaimana Batman menjalankan misi menyelamatkan dunia daripada penjahat di Gotham City?

Jangan lupa untuk menonton persembahan Batman yang penuh aksi dan mendebarkan!

Paling best masuk adalah percuma.

Lokasi: Times Square Stage, Aras 1

Tarikh Tayangan: Mei (25, 26, 28 - 31) & Jun (1, 2, 4-9)

 

#5. Cosplayers Gathering

Korang juga boleh saksikan dan sertai sendiri perarakan bersama watak wira kegemaran daripada DC Comics seperti Joker, Catwoman dan juga Batman yang lengkap dengan pakaian serta dandanan rasmi mereka menerusi cosplay parade.

Lokasi: Times Square Stage, Aras 1

Masa: 12 tengah hari, 4 petang & 9 malam

Tarikh: 28-30 Jun & 5-7 Julai

 

#6. Batman Chibi Showcase

Persembahan Batman Chibi ini merupakan peluang keemasan untuk membawa anak-anak berseronok dan bergambar dengan kesemua 6 patung Batman Chibi yang comel daripada DC Comics.

Lokasi: Di sekitar Aras 3, SkyAvenue

 

#7. Official Merchandise Booth

Bersempena sambutan 8 dekad, Batman membawakan pelbagai barangan eksklusif 'Batman 80 Years' di kedai serta gerai Superheroes DC Comics.

Antara barangan menarik yang korang boleh beli sebagai kenangan adalah T-Shirt, topi, jaket dan kasut.

Lagi best Genting juga menawarkan promosi berikut khas untuk korang:

Promosi 1

Daftar sebagai ahli Genting Rewards baru di Genting Highlands Outlet Premium dan korang layak menerima lanyard Batman edisi terhad. 

Promosi 2

Belanja RM100 dalam satu resit tunggal di First World Plaza untuk menerima lanyard Batman secara percuma. Sah dari 24 -26 Mei 2019 shaja!

Promosi 3

Beli Skytropolis Indoor Theme Park Preview Pas dan terima baucar barangan untuk penebusan hadiah.

Lokasi: Skytropolis Indoor Theme Park, Lobi Hotel First World & Kedai DC Comics Super Heroes

Masa: 10 pagi - 10 malam

Bestkan semua aktiviti yang Genting susun untuk sambutan ulang tahun ke-80 Batman ni?

Jadi, rugi tau kalau korang tak naik Genting dan rasai sendiri pengalaman mengimbau memori zaman kanak-kanak menonton kehebatan Batman dari kaca TV.

Bagi korang yang berminat dan ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai sambutan 80 tahun Batman boleh layari www.Batman80.com atau www.rwgenting.com.