Meletop Raya Nanti Dengan Koleksi Kasut Terbaru Dari Syatilla For Christy Ng

April 20, 2018 - 05:55 PM


Iklan Yusoff Tayoob dah mula kedengaran dah, ini bermakna bulan puasa dah dekat dan persiapan raya dah pun boleh di buat. Nanti tak ada lah kalut untuk persiapan raya nanti. Bagi mereka yang mempunyai tema untuk di gayakan ataupun bakal menghadiri event raya korang mungkin berminat untuk lihat koleksi terbaru sempena hari raya daripada Syatilla for Christy Ng.

Pemenang anugerah untuk pereka kasut tempatan iaitu Christy Ng buat pertama kalinya melancarkan koleksi kasut raya dengan kerjasama selebriti tempatan Syatilla Melvin

Dengan koleksi terbaru ini, anda bukan sahaja boleh pilih dari koleksi yang ada malah anda juga boleh design sendiri kasut seperti mana yang anda nak, kira ikut citarasa sendiri lah dengan simple step sahaja. Ada lebih kurang 1 juta design kombinasi yang yang ada untuk hasilkan kasut idaman anda.

Sejak tahun 2012, Christy Ng menghasilkan pelbagai produk kasut yang berkualiti dan di jual di lebih 30 buah negara. Ini merupakan satu perkembangan yang positif buat pereka kasut tempatan ini.

Membawa jenama Malaysia ke pentas antarabangsa, semua kasut di buat hasil tangan di Malaysia dan dihasilkan oleh team yang mahir. 

Kerjasama dengan Syatilla Melvin juga merupakan slaah satu usaha yang berhasil apabila pengikut Christy Ng di Facebook telah pun mencecah 435,000 manakala pengikut Instagram pula mencecah 168,000 orang. Selain Syatilla, Christy Ng juga berkerjasama dengan pereka fersyen berbakat yang lain serta ikon fesyen.

Untuk koleksi bersama Syatilla for Christy Ng, ada 5 rekaan kasut yang di hasilkan khas bertemakan klasik dan puitis Malayu Saloma, Sumaya, Salma, Sophia dan Sarima. Kesemua rekaan ini di reka dengan ciri-ciri versatile dan warna yang menarik. Meterial yang di gunakan juga amat selesa dan praktikal untuk di pakai seharian.

Untuk padanan dengan kasut yang menarik, Tilla beg di datangkan khas untuk di gayakan bersama kasut. Ada 12 jenis beg dengan pelbagai warna seperti Army Green, Black, Dark Blue, Dusty Blue, Dusty Rose, Nut Brown, Puce, Rose, Baby Pink, Nude, Light Grey dan Mauve.

Majlis pelancaran Syatilla for Christy Ng diadakan di Hotel Stripes Kuala Lumpur sebagai penaja rasmi. 

Syatilla For Christy Ng juga boleh di dapati secara online di www.ChristyNg.com dan kedai di seluruh negara bermula hari ini sehingga hari raya 2018.

 

Antara kedai yang anda boleh dapatkan koleksi ini adalah:

Christy Ng HQ:

57-1, Block D, The Suite, Jaya One, No 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor

One Utama Store:

Lot 121 & Lot 122, Old Wing, 1, Lebuh Raya Bandar Utama, Bandar Utama City Center, 47800 Petaling Jaya Selangor

MyTown Store:

G-032 MyTown Shopping Center, Jalan Cochrane, Cheras, 55100, Kuala Lumpur

Sogo Kuala Lumpur Store:

Level 1, Ladies Department, Kompleks Sogo, 190, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur

Aeon Tebrau Store:

Lot F15, Level 1, Aeon Mall, Tebrau City, 1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bharu, Johor

Mid Valley Store:

Lot F098 & 099, First Floor, Mid Valley Megamall, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Online Store:

www. ChristyNg.com

Social Media Platfors:

Retail Price: 

  • Syatilla for Christy Ng Shoe Collection : RM149 - RM179
  • Tilla Bucket Bag Collection : RM179 each