Perlukan Duit Segera Tanpa Pinjam Bank, Ah Long Atau Keluarga? GoodKredit Ada Jawapannya!

April 23, 2019 - 02:46 PM


Pernah tak antara korang yang dah lama tempah tiket penerbangan untuk travel bersama keluarga atau kawan-kawan, lepas tu lagi 2-3 bulan nak fly boleh pula gaji lambat dan tak masuk langsung sebab syarikat tempat korang bekerja sedang mengalami masalah kewangan.

Nak burn tiket flight mesti rasa sayang. Nak let go plan travel takut kecewakan ahli keluarga dan orang tersayang yang dah lama mengharap nak jalan-jalan tengok negara orang. So macam mana? Mesti korang rasa pening kepala, kan?

Jangan risau sebab sekarang ada GoodKredit Malaysia untuk bantu korang!

Apa itu GoodKredit?

GoodKredit adalah penyedia perkhidmatan pinjaman mikro jangka pendek automatik pertama di Malaysia yang diwujudkan khusus untuk membantu korang yang memerlukan dana segera antara RM1,000 hingga RM10,000.

Menariknya, pinjaman yang dimohon menerusi aplikasi mudah alih GoodKredit ini tidak memerlukan syarat ketat atau dokumen yang banyak seperti jika korang mohon pinjaman di bank atau institusi kewangan lain.

Paling penting yang korang kena tahu, GoodKredit akan memberi keputusan sama ada permohonan pinjaman korang tu lulus atau tidak, hanya dalam masa 24 jam sahaja tau! Dan esoknya, korang dah boleh dapat pinjaman tersebut menerusi akaun bank korang.

Walaupun bunyinya mudah dan seakan kedengaran seperti modus operandi yang selalu ditawarkan oleh pemberi pinjaman Ah Long, tapi korang jangan risau sebab GoodKredit adalah pemberi pinjaman berlesen di bawah Kredit Komuniti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta ditadbir di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Maksudnya, GoodKredit ni memang menjalankan perkhidmatan yang sah di sisi undang-undang tau!

Malah Ketua Pegawai Eksekutif GoodKredit, Cheok Tuan Oon memaklumkan segala teknologi menerusi aplikasi GoodKredit adalah 100 peratus dibangunkan oleh anak tempatan dan turut mendapat kerjasama daripada CTOS dalam penyediaan maklumat kewangan pemohon.

Wah..menarik, kan? Tapi macam mana nak mohon?

Senang je hanya memerlukan 3 langkah!

Pertama: Pemohon perlu memuat turun aplikasi GoodKredit melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Kedua: Isi semua maklumat dan attach dokumen yang diperlukan iaitu salinan Kad Pengenalan, slip gaji 3 bulan, penyata KWSP, penyata bank dan salinan bil utiliti.

Ketiga: Submit permohonan.

Tapi kalau lepas pinjam mestilah kena bayar balik, betul tak?

Pinjaman ini terutamanya dalam bentuk wang tunai, mempunyai tempoh bayaran balik selama 6, 9 atau 12 bulan dengan Kadar Peratusan Tahunan (APR) sebanyak 18%, tanpa cagaran atau penjamin.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan pinjaman mikro dan tawaran lain oleh GoodKredit, korang boleh layari laman web rasmi  sila layari laman web rasmi mereka di www.goodkredit.com.my dan laman Facebook di GoodKredit Malaysia.