Potongan Sehingga 80% Sempena Hari Malaysia Di One Living Taman Kinrara

September 10, 2019 - 10:00 AM


Sempena Hari Malaysia nanti, pastinya banyak promosi – promosi yang menarik bakal ditawarkan oleh kedai kepada pelanggan. Setiap tahun, waktu inilah banyak kedai dan syarikat akan berlumba – lumba untuk menawarkan harga terbaik mahupun tawaran bagi menarik pelanggan untuk membeli belah.

Untuk semarakkan lagi sambutan Hari Malaysia nanti, One Living Taman Kinrara juga tidak mahu ketinggalan dengan mengadakan Jualan Murah Hari Malaysia ataupun Malaysia Day Sales.

Seperti yang kita ketahui, One Living merupakan kedai jualan barangan elektrik dan juga lampu yang sering mengadakan jualan murah selain sentiasa memastikan kepuasan pelanggan dengan rangkaian produk yang bermutu tinggi serta harga yang berpatutan.

Ini terbukti dengan sambutan luar biasa para pelanggan tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang yang akan memenuhi rangkaian kedai mereka dan ada yang sanggup beratur sejak awal pagi. Seperti kebiasaan, promosi di One Living akan bermula seawal jam 10 pagi di One Living Taman Kinrara, jadi untuk menjadi yang terawal, kena lah beratur awal sikit ye.

Untuk promosi kali ini, One Living menawarkan potongan sehingga 80% dan ini merupakan masa terbaik kalau anda ingin membeli banyak barang sekaligus. Tawaran berskala besar macam ni sering mendapat perhatian ramai tau.

Difahamkan, sempena promosi ini nanti, anda boleh dapatkan Pengering Rambut Serendah RM9, Cerek Elektrik RM57, Induction Cooker Jenama Electrolux dengan harga RM189, mesen basuh automatik 7kg berjenama dari Jepun pun boleh didapatkan dengan harga RM499 sahaja.

Selain itu, semestinya One Living membawakan pelbagai lagi barang berjenama yang terkenal serta menjadi pilihan pengguna.

Sebelum kita serbu Hari Malaysia Sale One Living Taman Kinrara ni, jom kita tengok dulu apa tawaran menarik yang ada untuk promosi kali ini :

#1. Promosi 80% + Promosi Peralatan Kecil

#2. TV / Sound Bar

#3. Penyaman Udara / Kipas

#4. Peti Sejuk / Mesin Basuh

#5. Heater / Hud Dapur

#6. Lampu

Selain promosi utama diatas tadi, seperti biasa; One Living juga ada sediakan beberapa promosi istemewa dan promosi belian dengan belian. Contohnya ;

Diskaun 50% Untuk Periuk Nasi 

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda boleh ‘trade-in’ periuk nasi lama anda atau pembelian Mesin Pengisar Tefal BL962 berharga RM1399. Pembelian ini akan melayakkan anda untuk potongan 50% untuk periuk nasi jenama Tefal. Model RK8105 yang berharga RM429.

Istimewanya tentang periuk nasi Tefal ni adalah ia mempunyai 10 program tersedia dan boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan selain memasak nasi. Periuk Nasi Tefal ini turut mempunyai kemasan dalaman seramik serta mempunyai 6 lapisan.

Kelebihan Blender Tefal Ultrablend pula adalah ia merupakan pengisar berkelajuan tinggi dan boleh mengisar makanan panas dan sejuk dengan bantuan pengawal suhu yang tersedia. Ada 8 program automatic yang tersedia dan ini menjadikan proses penyediaan untuk memasak lebih pantas dan cepat.

Promosi Beli 1 Percuma 2

Setiap pembelian Setereka Steam Tefal (GV6840) dengan harga RM1499 atau model GV7830 pada harga RM1699, anda akan menerima hadiah PERCUMA beharga RM1128 yang berupa Peruk Nasi IH Tefal (RK6041) berharga RM659 dan Ironing Board bernilai RM469.

Kedua dua model setereka stim ini didatangkan dengan anti-calc serta wap yang bertekanan tinggi untuk memberikan pengalaman menyeterika yang lebih efisyen serta mudah. Disebabkan penggunaan wap ni, pakaian akan tampak kemas dan hasil setereka akan tahan lebih lama.

Paling best ialah setereka wap ini mempunyai teknologi tanpa tetapan, ini bermaksud ianya sesuai dengan apa sahaja jenis bahan tanpa perlu risau ianya terbakar ataupun rosak.

Promosi DC Ceiling Fan

Untuk kipas siling, One Living menawarkan pelbagai janama kipas siling yang menggunakan kuasa Motor DC. Kelebihan motor DC ini adalah ia menggunakan arus elektrik terus atau Direct Current yang mengurangkan penggunakan kuasa elektrtik. Jadi kalau bil elektrik rumah tu tinggi, salah satu puncanya adalah kipaslah.

Jadi, ambil peluang ini untuk dapatkan pelbagai jenama kipas yang menggunakan DC Motor seperti Deka, Rubine, Bayu Air dan juga Khind. Promosi jenama ini semua bermula Rm399.

Harga Istimewa TV Model Terbaru (Tahun 2019)

Sambil-sambil itu, jangan lupa sertai pertandingan (Play & Win) yang dijalankan sepanjang promosi ini berlangsung ye.


Cara Sertai Permainan [ Play & Win ] ini sangat mudah iaitu :

#1. Like post ini di Facebook dan jadi fan ONE LIVING Sdn Bhd (https://www.facebook.com/onelivingsdnbhd)

#2: Cari jalan keluar untuk maze ini :

# 3: Postkan di Facebook korang. 

#4.  Tuliskan kapsyen " Saya akan ke ONE LIVING TAMAN KINRARA Malaysia Day Sale pada 13 – 16 SEP 2019!

Waze: One Living Taman Kinrara -23TK (https://waze.com/ul/hw2833jfxx)

#5. Ikuti laman Facebook One Living untuk pengumuman pemenang. 

Peraduan berakhir pada  11 SEP 2019, 23:59 malam. 

Pengumuman Pemenang :  12 SEP 2019

Terma & Syarat : Pemenang perlu datang ke outlet【ONE LIVING TAMAN KINRARA – 23TK】 pada 13 – 16 SEPTEMBER 2019 untuk menuntut hadiah. 

Hadiah hanya boleh diambil di cawangan One Living Taman Kinrara, tiada pengeposan akan dilakukan. 


Kalau diperhatikan, setiap kali One Living mengadakan sebarang promosi, jarang pelanggan balik dengan kereta yang kosong. Biasanya pasti penuh. Jadi, apa kata tahun ni, giliran anda pula penuhkan kereta anda sempena promosi One Living Taman Kinrara ni!

Sekali lagi, ini butiran promosi :

ONE LIVING TAMAN KINRARA – MALAYSIA DAY SALE!

Date: 13 – 16 SEPTEMBER 2019

Masa :  10AM - 9PM

Alamat : K3, K4 & K5, Jalan TK 1/11A, Taman Kinrara, Seksyen 1, Batu 7 ½, 47100 Puchong, Selangor.

Waze : One Living Taman Kinrara -23TK (https://waze.com/ul/hw2833jfxx)

Contact: 03-8070 6811 / 1700-81-8480

 

Jumpa anda di sana nanti ye!