“Reborn Fathia" 5 Tahun Fathia Latiff Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim

June 22, 2020 - 12:24 AM


Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa sukar dalam hidup sepanjang tempoh 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Kata Fathia, tidak mudah untuk melupakan individu yang pernah disayangi namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on.

“Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” kata Fathia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Music becomes my bestfriend when nobody else understands me.

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Terdahulu, Fathia pernah melalui fasa yang agak sukar apabila menerima banyak kecaman netizen. Namun kini Fathia lahir dengan Fathia yang baru.

“Reborn Fathia”. Min doakan semoga fathia lebih fokus pada kerjayanya dan maju di masa akan datang. Rindu Fathia dalam cerita Ariana Rose.

Alhamdulillah, Fathia dah kembali. Malah Fathia gembira dengan kehidupan baharu Aiman dan mendoakan kesejahteraannya bersama pasangan, Zahirah Macwilson.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambahnya.

Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015.