5 Pemain Bola Sepak Hebat Ini Tak Pernah Beraksi DI Piala Dunia, Siapakah Mereka?

July 10, 2018 - 03:17 PM


Tanyalah mana-mana pemain bola sepak, jauh di sudut hati mereka mesti impikan nak beraksi di Piala Dunia, pentas bola sepak paling berprestij. Kalah menang, belakang kira, yang penting dapat main di World Cup.

Penganjuran pertama Piala Dunia bermula pada tahun 1930 di Uruguay dan pada masa tu, hanya ada 13 negara yang sertai. Kini, acara tersebut sedang berlangsung di Russia dan disertai oleh 32 buah negara. Dah nak peringkat separuh akhir dah pun.

Nama-nama besar dalam sesebuah pasukan kadangkala membantu tapi untuk edisi kali ini, boleh dikatakan sangat tidak dijangkakan. Mana tidaknya, pasukan Jerman yang disebut-sebut mungkin menjadi juara, terkandas. Sama juga dengan Argentina dan Brazil.

Tapi, dalam masa yang sama, terdapat beberapa nama-nama besar dalam bola sepak yang tak berpeluang merasakan peringkat tertinggi ini kerana negara meraka gagal layak. Antara 5 pemain bole sepak terkemuka yang tak pernah bermain di Piala Dunia adalah…

#1. George Best – Ireland Utara

George Best adalah pemain lagenda Manchester United dan ramai tahu yang Best ni ada sentuhan ‘ajaib’. Walaupun begitu, beliau tak pernah beraksi di Piala Dunia bersama pasukan Ireland Utara.

Membuat 37 penampilan dan berjaya menjaringkan 9 gol. Walaupun Ireland Utara layak ketika edisi 1982, George Best pada masa itu berumur 36 tahun tidak menyertai skuad negaranya.

#2. Eric Cantona - Perancis

Eh, jangan cakap kitorang ‘bias’, pilih player Manchester je. Hikhik.

Eric Cantona, pemain yang terkenal dengan sikapnya yang panas baran dan disebabkan perangainya jugaklah dia terlepas daripada bermain di Piala Dunia.

Cantona digugurkan daripada skuad Perancis pada peringkat kelayakan Piala Dunia tahun 1990 selepas memaki ketua Jurulatihnya.

Peluang Cantona hadir pada tahun 1994, berbaki dua perlawanan di laman sendiri dan Perancis hanya perlukan 1 mata. Namun, mereka gagal. Tewas kedua-dua perlawanan. Empat tahun berikutnya, Cantona terlibat dalam satu insiden dimana dia telah mem-‘flying-kick’ seorang penonton.

Dia disisihkan daripada Piala Dunia 1998 dan pada waktu tersebut, Perancis sudah menemui permata baru iaitu Zinedine Zidane.

#3.George Weah - Liberia

Dikhabarkan, Weah adalah pemain terbaik Afrika. Namun, beliau tidak berpeluang untuk bermain di Piala Dunia. Sehingga kejohanan kali ini, Liberia hanya layak 2 kali, itupun dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika pada 1996 dan 2002.

Selain mempunyai 60 caps bersama Liberia, Weah menjaringkan 22 gol dan pernah menjadi jurulatih pasukan dan pernah juga menjadi penaja kewangan kepada pasukan Liberia. Pada 1995, beliau memenangi anugerah pemain tebaik dunia yang bukan berasal dari Eropah dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Afrika sebanyak 3 kali, pada tahun 1989,1994 dan 1995 selain menjadi satu satunya pemain Afrika yang memenangi anugerah Ballon d’Or.

Dalam kariernya selama 14 tahun, Weah bermain untuk kelab-kelab di Perancis, Itali dan juga England.

Oh, George Weah juga merupakan Presiden Liberia yang ke-25.

#4. Ryan Giggs – Wales

Siapa tak kenal dengan Ryan Giigs kan. Pemain tengah yang mempunyai larian serta gerakan lincah ini merupakan pemain yang dikatakan paling berjaya dalam sejarah bolasepak Inggeris dan penghormatan tersebut sudah tentu daripada kariernya yang awesome bersama Manchester United.

Giggs membuat penampilan pertama bersama Wales padatahun 1991 dan pada waktu itu, beliau adalah pemain paling muda yang mewakili Wales, pada umurnya 17 tahun 321 hari. Walaupun hampir melayakkan diri pada kejohanan dunia tahun 1994, Wales tewas dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 lawan Romania.

#5. Gareth Bale - Wales

Bale yang beraksi di Real Madrid adalah pemain generasi baru yang masih tidak berpeluang untuk beraksi di Piala Dunia.

Walaupun berjaya menjaringkan 4 gol dalam pusingan kelayakan Piala Dunia tahun 2014, Wales sekadar berada di tangga ke-5 dan tidak layak manakala pada kelayakan tahun ini, menduduki tempat ke -3.

Gareth Bale memecahkan rekod Ryan Giggs sebagai pemain termuda yang terpilih untuk menyertai pasukan senior Wales. Bale mewakili Wales pada usia 16 tahun 315 hari dan merupakan pemain termuda yang berjaya mencipta gol.

Jika nak dibandingkan dengan rekonya bersama kelab, beliau telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 4 kali sejak menyertai Real Madrid.

p/s : Kalau nak cari Jadual Peringkat Separuh Akhir Piala Dunia Waktu Malaysia , klik link tu. =D