Everton Hampir Pasti Dapatkan Pertahanan Barcelona Lucas Digne





Everton hampir pasti untuk mendapatkan pertahanan Barcelona iaitu Lucas Digne. Digne yang tidak berjaya memberikan impak ke pasukan utama Barcelona itu membuat keputusan untuk berpindah dari kelab tersebut.

Menurut laporan Sky Sports, Digne kini semakin hampir dengan perpindahan untuk menyertai Everton dengan nilai perpindahan £20 juta.

Malah kini Digne juga dikatakan sedang berada di England untuk menjalani ujian perubatan bersama-sama kelab tersebut.

Everton dijangka akan melakukan pengumuman pembelian Digne dalam masa terdekat.

Pemain Perancis itu jelas bukan berada dalam perancangan Ernesto Valverde selepas beliau dan pengurus tersebut tidak mencapai kata sepakat.

Beliau jarang diturunkan oleh Valverde pada musim dan kerana itu, Digne terlepas tempat untuk beraksi dalam skuad Perancis di saingan Piala Dunia yang lalu.

Digne kini menjadi pemain Everton kedua yang dibeli pada jendela perpindahan musim ini.

Sebelum ini, kelab Mersyeside itu membeli Richarlison dari Watford dengan jumlah perpindahan sekitar £40 juta.

Everton nampaknya belum lagi selesai dengan hal perpindahan mereka dengan Barcelona.

Hal ini kerana, mereka masih mahu mendapatkan Yerry Mina yang merupakan pemain pertahanan tengah pasukan tersebut.

Walaupun begitu, Everton bakal menerima cabaran oleh Manchester United dan juga Olympique Lyonnais yang turut ingin mendapatkan pemain tersebut.

Musim lalu, Ronald Koeman membelanjakan begitu ramai pemain namun hasil yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Sumber daeri skysports.com

KeN:  Everton nampkanya perlu berhati-hati dalam perbelanjaan jika tidak mahu episod musim lalu berulang.

;