Final Piala Malaysia 2018: Terengganu Umum Cuti Peristiwa, Tiket Online Habis

October 24, 2018 - 06:09 PM


Kemeriahan Final Piala Malaysia 2018 diantara Terengganu menentang Perak yang akan berlangsung pad 27 Oktober 2018 (Sabtu) di Stadium Shah Alam kini terasa. Bagi kedua-dua pasukan pastinya akan memberikan persembahan yang sengit. 

Jualan tiket perlawanan akhir unifi Piala Malaysia 2018 di antara Terengganu FC menentang Perak mendapat sambutan yang mengalakkan apabila 3000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan online di laman web Shopee sudah habis dijual sejak pagi tadi.

Bagi mereka yang membeli tiket secara online dengan diskaun 20 peratus ke atas setiap jualan tiket online yang boleh dibeli di laman web Shopee dan mula dijual pada jam 10 pagi tadi. Walaubagimanapun tinjauan di laman web shopee mendapati tidak sampai 30 saat, jualan tiket online tersebut sudah habis dijual dengan setiap satu transaksi hanya boleh membeli 4 keping tiket sahaja.

Para penyokong Terengganu FC dan Perak boleh menebus tiket online shopee ini pada 26 Oktober 2018 (Jumaat) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, dan pada hari perlawanan 27 Oktober 2018 (Sabtu) bermula jam 10 pagi hingga 7 petang di kaunter tiket Stadium Shah Alam.

Biarpun jualan tiket online di laman web Shopee sudah habis dijual, para penyokong Terengganu FC dan Perak juga masih boleh membeli  tiket perlawanan secara online di laman web www.tickethotline.com.my bermula pada hari esok (25 Oktober 2018) jam 10.00 pagi.

Terengganu Umum Cuti Peristiwa

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengistiharkan cuti peristiwa bagi negeri Terengganu pada hari ahad (28 oktober 2018).

Pengumuman awal itu dibuat kerana memberi ruang kepada agensi-agensi dan sekolah-sekolah membuat perubahan jadual yang berkaitan dalam perancangan mereka.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video