
Formula 1 Vietnam Grand Prix - Litar Jalan Kedua Selapas Singapura
Formula 1 Malaysia Grand Prix hanya tinggal kenangan. Belum tahu lagi jika kerajaan akan berbincang semula untuk membawa sukan bermotor paling berprestij itu kembali ke Litar Sepang. Tidak lama selepas pengumuman berakhirnya F1 Malaysia Grand Prix, Formula One Group mengumumkan negara baru akan menjadi tuan rumah dan yang kedua di Asia Tenggara selepas Singapura pada tahun 2020. Sehubungan itu pada 7 November lepas Bandat Hanoi, ibukota Vietnam telah dimumkansecara rasminya akan mengadakan perlumbaan ini di litar jalanan dalam ibu kota sama seperti Singapura. Kemungkinan bezanya ia akan berlangsung di siang hari berbanding pada waktu malam di Singapura.
F1 is excited to announce we will be racing in Vietnam in 2020!#VietnamGP 🇻🇳 pic.twitter.com/xeQmJSmEof
— Formula 1 (@F1) November 7, 2018
Pada waktu ini belum ada lagi sebarang kegiatan pembinaan infrastruktur yang telah bermula tetapi bahagian media F1 telah pun memberi preview trek jalanan 22 selekoh di dalam video yang dimuatnaik ke saluran YouTube mereka.
So here’s the Vietnam Grand Prix circuit new for 2020 🇻🇳 What do you think to the layout?
— WTF1 (@wtf1official) November 7, 2018
📷 @F1 pic.twitter.com/XnV4mFQ8nS
Dengan cadangan reka bentuk litar sepanjang 5.5km dan "Main Straight" 1.5km panjang selepas simulasi litar ini dianggarkan kereta lumba F1 boleh mencecah kelajuan setinggi 335km/h ! Litar ini dikegorikan sebagai litar kelajuan tinggi seperti Circuit Gilles-Villeneuve (Canada) dan ada beberapa bahagian mirip litar Suzuka International Racing Course (Jepun).
Korang boleh menonton video rasmi di sini. Ataupun melihat simulasi litar Hanoi dibawah.
Kepada yang minat F1 tu dah boleh membuat persediaan apa yang patut. Booking flight dan hotel awal-awal confirm dapat murah.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video