Hujan Lebat, Air Bertakung Di Litar – Grand Prix MotoGP Di Silverstone Batal!

August 27, 2018 - 10:40 AM


Awalnya dianjak 90 minit lebih awal, akhirnya perlumbaan MotoGP British di Litar Silverstone terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca setelah beberapa kali ditangguh kerana keadaan hujan dan litar yang amat bahaya buat semua penunggang.

Direktor MotoGP, Mike Webb meletakkan kesalahan sepenuhnya keatas permukaan litar Silverstone yang baru diturap dan dikatakan menjadi punca pembatalan Grand Prix tersebut.

Pada awalnya, perlumbaan dijangka dimulakan awal kerana mengetahui cuaca akan hujan dan pihak penganjur telah melakukan beberapa pemeriksaan sepanjang litar pada jam 3 petang waktu tempatan.

Setelah itu, perlumbaan ditangguh sehingga jam 5 dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kawasan yang berbahaya dengan keadaan air yang bertakung.

Menurut Webb, mereka tidak pernah mengalami masalah sebegini pada permukaan trek lama dalam waktu hujan, namun setelah diturap baru pada Februari lalu, trek didapati menakung air di beberapa tempat yang penting di litar tersebut.

Walaupun pihak penganjur melakukan pelbagai usaha untuk memastikan keadaan litar selamat untuk diadakan perlumbaan namun faktor cuaca tidak menyebelahi mereka.

Majoriti pelumba menghadiri mesyuarat keselamatan dan salah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu berlumba adalah kemalangan yang dialami Tito Rabat pada sesi latihan yang menyebabkan kakinya patah.

Keputusan yang sukar, namun ia adalah yang terbaik. Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi sama ada GP British akan diadakan hari ini atau dibatalkan terus dari kalender MotoGP tahun ini.

Credit Foto : MotoGP

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video