Inter Milan Sedia Bawa Pulang ‘The Special One’ Sekiranya Dipecat

December 18, 2018 - 01:07 PM


Rentetan kekalahan terbaru Manchester United di tangan seteru utama mereka, Liverpool, khabar angin yang dulunya bertiup kembali panas. Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mungkin akan dipecat, tapi pada pendapat dan situasi sekarang, berkemungkinan besar selepas aksi menentang PSG nanti, sekiranya tewas.

Menurut sumber di The Express, Inter Milan berbesar hati untuk menawarkan Jose Mourinho jawatan pengurus pasukan bagi mengantikan tempat Luciano Spalletti.

Kalau nak diikutkan, memang Inter Milan pun tengah bergelut untuk bersaing dalam Serie A, dan sekarang menduduki tangga ke-3, dibezakan oleh 14 mata dengan pendahulu liga iaitu Juventus.

Selain bergelut untuk bersaing di liga domestik, kegagalan Spalletti untuk membawan Inter ke pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah juga menjadi satu faktor Inter mahukan Mourinho sekiranya dipecat oleh United.

Baca : Keputusan Undian Pusingan 16 Terbaik Champions League

Kejayaan Mourinho Bersama Inter Milan

Kalau nak diikutkan, Mourinho pernah bawak Inter Milan pada 2008 hingga 2010 dan Inter pada waktu tersebut sangat cemerlang. Musim 2009/10, Inter berjaya meraih treble dengan menjadi juara Liga Italia, Coppa Italia dan juga Champions League.

Pada musim sebelumnya, Mourinho juga berjaya membawa Inter untuk menjuarai Serie A dan Supercoppa Italia. Dengan rekod tersebut, wajar bagi Inter Milan untuk menawarkan jawatan buat pengurus kelahiran Portugal itu untuk kembali bersama mereka.

Manakala, situasi sekarang di Manchester, United sedang bergelut dikedudukan ke-6 liga dengan hanya mengumpul 26 mata selepas 17 perlawanan. Kedudukan Mourinho di Old Trafford semakin dipersoalkan peminat selepas pasukan diaibkan Liverpool 1-3, Isnin lalu.