Jumlah Wang Yang Dimenangi Oleh Perancis Di Piala Dunia 2018

July 16, 2018 - 03:59 PM


Selain daripada dapat membawa pulang trofi paling berharga iaitu Piala Dunia, sebenarnya setiap pasukan yang berjaya layak ke Piala Dunia ada menerima ganjaran berbentuk wang.

Untuk edisi kali ini, Juara seperti yang kita sedia maklum adalah pasukan Perancis yang berjaya menundukan Croatia dengan jaringan 4-2.

Ada Habuan Untuk Setiap Pasukan

Sebenarnya, pasukan yang berjaya bertanding di pentas Piala Dunia mendapat habuan yang agak lumayan. Ini kerana pada Oktober tahun lalu, FIFA telah mengesahkan hadiah tunai keseluruhan ialah $400 juta (USD).

Hadiah ini akan dikongsi oleh semua pasukan yang bertanding. Secara tak langsung, walaupun hanya melayakkan diri, setiap pasukan akan menerima sekurang-kurangnya $9.5 juta dan pecahannya adalah $1.5 juta untuk kos pertandingan dan $8juta lagi untuk bermain di peringkat kumpulan.

Hadiah ini akan bertambah sebanyak $4 sekiranya pasukan terbabit berjaya lolos ke pasukan 16 terbaik. Ini menjadikan jumlah wang yang akan mereka terima adalah $12 juta.

Untuk edisi kali ini, penentuan tempat ke-tiga derlangsung antara England dan Belgium dimana England tewas. Walaupun tewas, pasukan England dikatakan membawa pulang wang sebanyak $22 juta manakala Belgium $24 juta.

Bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2018 pula, kedua-dua pasukan akan menerima ganjaran berjumlah $66 juta dimana pasukan Croatia akan membawa pulang $28 juta manakala, Perancis $38 juta!

Kesemua hadiah ini akan dibayar kepada pasukan-pasukan yang terlibat pada akhir pertandingan dan pecahan hadiah wang tunai boleh dilihat di jadual ini :

*nilai wang dalam USD

Fuh, lumayan jugak rupanya. Agak-agak, bila lah Malaysia akan layak ke Piala Dunia ni ye?