Kalendar Liga Malaysia Tahun 2019

December 31, 2018 - 12:09 PM


Perubahan drastik FAM sejak akhir-akhir ini memang patut diberikan pujian. Selain daripada pertukaran tampuk kepimpinan, FAM dilihat lebih proaktif. Mungkinlah ada satu dua masalah yang masih tak dapat nak diselesaikan contohnya macam proses penjualan tiket AFF baru-baru ni dan pengendalian kes-kes yang berlaku.

Selain daripada FAM, Malaysian Football League (MFL), badan induk yang ditubuhkan dengan tujuan penswastaan Liga Bolasepak di Malaysia setakat ini nampak ada ‘sinar baru’ dalam saingan bolasepak tempatan.

Sejak ditubuhkan, 5 kejohanan bolasepak negara di uruskan dan dijalankan oleh MFL. Ini termasuklah Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Mingglu lepas, MFL telah mengeluarkan Kalendar Liga Malaysia bukan sahaja untuk tahun 2019 tetapi untuk tahun 2020 sekali. Ini berbeza dari tahun sudah. Katanya, langkah ini diambil setelah mendapat maklumbalas dari penyokong bolasepak tempatan sendiri.

Inilah yang kami katakana tadi, patut diberi pujian. Sebabnya FAM mahupun badan yang mengurus liga tempatan sebelum ni, mana pernah nak dengar cakap penyokong. Hehe.

Jadi, bila dah ada kalendar Liga Malaysia Tahun 2019 dan 2020 ni, senang untuk penyokong dan jugak pasukan yang bertanding sendiri untuk merancang dan membuat persediaan awal untuk jangka masa panjang.

Lepas ni, tak adalah isu lambat daftar pasukan, tercicir, stadium bertindih dan sebagainya.

Satu lagi yang harus diberikan pujian adalah perlawanan Liga Malaysia 2019 nanti banyak akan bermain pada hujung minggu. Ini secara tak langsung, memudahkan penyokong untuk ke stadium bagi menyokong pasukan masing-masing.

Ini adalah kalendar Liga Malaysia Tahun 2019;

Kiranya, semua tarikh-tarikh penting Liga Malaysia 2019 dan 2020 dah keluar tau! 

Cumanya, buat masa ini kalendar pertandingan Liga Malaysia untuk tahun 2019 belum dikeluarkan. Tetapi, para penyokong boleh mendapatkan kalendar di pautan Liga Malaysia 2019 di laman web MFL sendiri nanti.