Live Streaming Undian Peringkat 16 Terbaik UEFA Champions League





Selesai perlawanan kumpulan H malam tadi bermakna lengkaplah 16 pasukan yang berjaya lepas ke kelompok 16 terbaik saingan UEFA Champions League.

Undian peringkat 16 terakhir Champions League akan diadakan di Nyon pada 17 Disember nanti pukul 7 malam waktu Malaysia. 

Bagi yang mencari link untuk Live Streaming, korang boleh tengok di sini :

LIVE STREAMING UNDIAN 16 TERBAIK CHAMPIONS LEAGUE

Pasukan yang layak untuk pusingan 16 terbaik Champions League 18/19 :-

Juara Kumpulan :

Barcelona (ESP, Group B)
Bayern München (GER, E)
Borussia Dortmund (GER, A)
Juventus (ITA, H)
Manchester City (ENG, F)
Paris Saint-Germain (FRA, C)
Porto (POR, D)
Real Madrid (ESP, G)

Naib Juara :

Ajax (NED, E)
Atlético Madrid (ESP, A)
Liverpool (ENG, C)
Lyon (FRA, F)
Manchester United (ENG, H)
Roma (ITA, G)
Schalke (GER, D)
Tottenham Hotspur (ENG, B)

Prosedur Pengundian

  • Dua balang disediakan; balang pertama juara kumpulan, balang kedua naib juara
  • Kelab tak akan bertemu dengan kelab sama dalam peringkat kumpulan
  • Kelab dari sesebuah persekutuan bola sepak tidak akan bertemu
  • Contoh mudah, pasukan dari England tidak akan bertemu sesama sendiri pada peringkat 16 terbaik ni. Juara dan naib juara satu kumpulan tidak akan bertemu. Contoh; Real Madrid tidak akan bertemu Roma, ataupun Atletico.
  • Untuk pusingan pertama perlawanan 16 terbaik, juara kumpulan akan bermain away pada 12 atau 13 Februari dan di Home pada 19 atau 20 Februari.

Road to Madrid – Tarikh Penting UEFA Champions League :

Pusingan 16 terbaik  perlawanan pertama : 12,13,19,20 Februari

Pusingan 16 terbaik perlawanan kedua : 5,6,12,13 Mac

 

Undian peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir : 15 Mac

Suku Akhir Pertama Champions League : 9,10 April

Suku Akhir Kedua Champions League : 16,17 April

 

Separuh Akhir Pertama Champions League : 30 April, 1 Mei

Separuh Akhir Kedua Champions League : 7,8 Mei

 

Perlawanan Akhir Champions League 18/19 : 1 Jun, Estadio Metropolitano, Madrid

Saksikan LIVE STREAMING UNDIAN 16 TERBAIK CHAMPIONS LEAGUE pada 17 Disember nanti. Live streaming akan bermula jam 7 malam, 17 Disember. 

LIVE STREAMING UNDIAN 16 TERBAIK CHAMPIONS LEAGUE

;