Maaf England, Bukan Kali Ini

July 12, 2018 - 11:35 AM


Sebelum perlawanan bermula penyokong pasukan England hampir pasti mereka akan ke final dengan kempen #itscominghome dan gol awal Kieran Trippier pada minit ke 5 seakan-akan mengiyakan impian mereka.

Tapi, apakan daya. Pengalaman yang ada pada Mario Mandzukic menjadi faktor pemisah ketika perlawanan separuh akhir antara England dan Croatia semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 sebelum diheret ke masa tambahan.

Jika ikut statistik, pasukan Croatia lebih banyak menyerang dan serangan demi serangan dilakukan sehinggalah Ivan Perisic berjaya menewaskan penjaga gawang England pada minit ke-68.

Walaupun berjaya mengharungi 30 minit masa tambahan dan mempunyai kelebihan pada masa tambahan, gol lewat Mario Mandzukic telah berjaya membawa Croatia ke pentas akhir perlawanan Piala Dunia buat pertama kali dalam 5 penampilan di Piala Dunia.

Perlawanan akhir piala dunia akan menemukan Croatia dan Perancis yang akan berlangsung pada Ahad (15/7) jam 11 malam waktu Malaysia. England pula akan bertemu Belgium untuk penentuan tempat ketiga pada hari Sabtu (14/7) jam 10 malam.

 

Fakta Menarik :

  • England disingkirkan pada peringkat separuh akhir sebanyak 4 kali daripada 5 penampilan di peringkat tertinggi.
  • Croatia layak ke final buat pertama kali selepas 5 edisi Piala Dunia yang disertai.
  • Ivan Perisic terlibat dalam 10 gol yang dijaringkan oleh Croatia pada peringkat tertinggi dengan 6 gol, 4 assist.