
Mereka Tak Hulurkan Air, Sibuk Nak Selfie - Mo Farah Kesal Sikap Staff London Marathon
Walaupun berjaya memecahkan rekod acara marathon British, pelari jarak jauh sensasi Mo Farah jelas tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpanya di acara marathon di London.

Menghabiskan larian di tempat ke-tiga dengan catatan masa 2jam 6 minit dibelakang Eliud Kipchoge, rekod terbaik Mo Farah itu ‘diburukkan’ dengan satu insiden yang berlaku disebabkan staff pertandingan.
Menurut laporan, ketika tiba di stesen air pada 10 batu pertama, Farah dapati botolnya tiada dan terpaksa berpatah balik untuk meminum air.
Dalam wawancara dengan agensi BBC, beliau ternyata kesal dengan kekeliaruan yang terdapat di stesen minuman sepanjang acara tersebut. “Walaupun staff di stesen-stesen akhir sedikit membantu, namun di stesen awal mereka hanya mahu mengambil gambar daripada memberikan minuman”, kata Farah dalam temubual terbabit.
Dalam pada itu, Farah dikatakan tidak sedikitpun terjejas dengan kejadian tersebut namun agak kecewa.
Tambah Farah, beliau mensasarkan satu lagi larian sebelum memikirkan untuk bertanding di Kejohanan Atletik Dunia di Doha tahun hadapan.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video