
Mohamed Salah ‘Kantoi’ Guna Telefon Ketika Memandu
Menurut laman Goal, satu rakaman telah menjadi tular di media sosial menyaksikan Salah menggunakan telefon ketika memandu.
Kejadian itu berlaku selepas pemain itu membantu Liverpool menewaskan West Ham United 4-0 dalam perlawanan pembukaan Premier League mereka di Anfield.
Kesalahan yang dilakukan oleh Salah tu ternyata salah dan orang ramai telah mengerumuni kereta yang dipandu Salah ketika itu.
Walaubagaimanapun, Salah tidak menghiraukan kehadiaran orang ramai dan beliau terus memandu kereta miliknya selepas kesesakan di situ mula reda.
Liverpool telah mengambil tindakan dengan merujuk perbuatan Salah itu kepada pihak Mersyeside Police.
Tindakan itu disahkan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan tersebut.
Dalam masa yang sama, pihak Liverpool sendiri mengambil keputusan untuk tidak memberikan kenyataan umum mengenai perkara ini.
Eloklah diselesaikan di luar makamah sahaja.
Liverpool striker Mo Salah has been referred to the police by his club after he was apparently filmed using a mobile phone at the wheel of his car. pic.twitter.com/dLxO0AiLfj
— BBC North West (@BBCNWT) August 13, 2018
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video