Piala AFF Suzuki 2018 : Bahang Perlawanan Semi Final Makin Terasa!

November 27, 2018 - 10:33 AM


Dijangka Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi saksi sekali lagi apabila semalam pihak FAM mengumumkan 20,000 keping tiket telah habis terjual pada hari pertama jualan online semalam.

Menjelang pertemuan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang juara bertahan Thailand, kedua-dua penyokong dengan cepat membeli tiket dengan khabar yang mengatakan kesemua tiket untuk penyokong ‘away’ telah habis!

Namun, tinjauan kami pada system jualan online pagi tadi, tiket dibahagian grandstand telah ‘sold-out’ namun untuk kawasan terbuka masih ada,

Sementara itu, jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata label ‘underdog’ yang diberikan kepada pasukan bimbingannya membuatkan dirinya dan pasukan lebih selesa dan boleh dikatakan kuranglah tekanannya.

Menyedari lawan mereka adalah juara bertahan, TCH melakukan pelbagai persiapan untuk menghadapi pasukan Gajah Putih. Segala corak permainan dan taktikal telah dikaji dan diharapkan pemain-pemain Malaysia mampu untuk mengekang pasukan Thailand.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melawan Thailand berakhir dengan kekalahan kepada Malaysia dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 walaupun menang 3-2 di Bukit Jalil, namun mereka tewas 0-2 di Bangkok sebelum itu.

Apa-apa pun, ada 3 hari lagi sebelum bermula perlawanan Separuh Akhir ni. Selagi belum 90 minit, macam-macam boleh jadi.

Doakan yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya!