Piala Asia AFC 2019 : Thailand Ke Pusingan 16 Terbaik, Siapa Lawan Seterusnya?

January 15, 2019 - 12:27 PM


Walaupun permulaan yang mengejutkan dalam saingan Piala Asia AFC 2019, Thailand berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik selepas keputusan seri menentang UAE semalam.

Tewas mengejut kepadad India pada perlawanan pertama, Thailand bangkit untuk mengalahkan Bahrain 1-0 dan seri 1-1 dengan UAE untuk menduduki tempat kedua dan seterusnya layak untuk pusingan 16 terbaik kejohanan Piala Asia AFC 2019 tersebut.

Sekarang ni, Thailand akan menanti perlawanan terakhir kumpulan C yang akan menentukan lawan mereka dalam pusingan kalah mati yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Selaku naib juara, Thailand akan bertemu juara kumpulan C yang mana kedudukan terkini sebelum perlawanan terakhir menyaksikan China selaku juara kumpulan diikuti Korea Selatan.

Pasukan China akan menentang Korea Selatan malam esok bagi penentuan juara dan naib juara kumpulan C. Kedudukan kedua-dua pasukan ini tidak akan tergugat sebab kedua-duanya dah mengumpul 6 mata dan layak. Jadi persoalannya nanti, siapa juara, siapa naib juara sahaja.

Agak-agak, Thailand akan lepas ke peringkat suku akhir? Atau, episod duka Piala AFF Suzuki akan berulang kembali?