Skuad Takraw Negara Berjaya Menamatkan Kemarau 24 Tahun Pingat EMAS

August 28, 2018 - 02:35 PM


TAHNIAH! Pingat EMAS ke-4 Kontinjen MALAYSIA! Skuad regu sepak takraw negara raih pingat emas selepas menumpaskan pasukan tuan rumah 2-1 dalam aksi akhir acara antara regu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Skuad takraw negara berjaya menamatkan kemarau 24 tahun pingat EMAS sepak takraw apabila menewaskan Indonesia 18-21, 22-20 & 21-11 menerusi set penentuan acara antara regu pada aksi final!