Sukan Olympik Remaja : Hoki Sumbang Emas Kedua

October 15, 2018 - 12:05 PM


Selepas Goh Jin Wei membuka ‘akaun’ pingat kem Malaysia dengan pingat emas dalam acara badminton ahad lalu, hari ini skuad hoki remaja lima sebelah pula menyumbangkan pingat emas kontijen Malaysia di Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina.

Berita baik ini kami dapat melalui akaun twitter Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM), @hockeymalaysia.

Skuad negara pada mulanya dikejutkan dengan gol awal pasukan India sebelum kedudukan disamakan oleh Firdaus Rosdi melalui gol padang.

Beberapa saat selepas itu, India sekali lagi di hadapan melalui Vivek Prasad menjadikan kedudukan 2-1 dan keputusan itu kekal hingga rehat.

Akhimullah Anuar berjaya menyamakan kedudukan selepas perlawanan bersambung, sebelum Amirul Hamizan berjaya menjadikan kedudukan 3-2 memihak kepada Malaysia.

Seminit berselang, Akhimullah berjaya menjaringkan gol untuk memastikan pingat emas milik Malaysia. Pingat gangsa acara hoki lima sebelah itu dimenangi oleh pasukan tuan rumah, Argentina.

Sementara itu, kami mengucapkan tahniah kepada semua atlet paralimpik negara yang menyaksikan 17 pingat emas berjaya diperolehi, 26 pingat perak dan 25 gangsa. Tahniah!