Tergempar : Jose Mourinho Dipecat United Serta Merta

December 18, 2018 - 06:23 PM


Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mungkin itu yang diucapkan oleh peminat dan penyokong Manchester United sekarang dengan pengumuman mengejutkan ini.

Menerusi kenyataan rasmi di laman web Manchester United, mereka mengesahkan bahawa pengurus pasukan, Jose Mourinho telah dipecat serta merta.

Dalam masa yang sama, mereka mengucapkan terima kasih kepada Mourinho yang telah berkhidmat kepada United.

Buat masa sekarang, posisi pengurus tersebut akan digalas oleh ‘caretaker’ yang akan diumumkan kemudian sehingga akhir musim. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan kelab berkenaan sedang mencari penganti sepenuh masa.

Sebenarnya, berita Mourinho nak dipecat ni dah lama bertiup kencang, jadi kenyataan pulak hari ini. 

Dengar-dengar, Michael Carrick akan jadi caretaker. Nama yang naik ganti Mourinho adalah Pochetinno, pengurus Spurs sekarang. 

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video