Tips Fantasy Premier League – Gameweek 22





Memang kalau nak ikutkan, tak terkejar nak buat tips FPL untuk Disember dan Januari ni, sebabnya memang padat jadual diorang. Tapi, jangan risau, tips tetap ada.

Tapi korang janganlah marah kalau ‘tak kena’ sebab kita berpandukan statistik dan data, persembahan pemain untuk minggu tersebut memang diluar kawalan kita lah kan.

Untuk Gameweek 22 ni, ini perlawanan-perlawanan yang akan berlangsung :

Kalau points korang untuk minggu ni tak berapa nak jadi, boleh usha-usha pemain-pemain ini untuk menggantikan mana-mana pemain dalam skuad korang yang terkini.

#1. Aleksandr Mitrovic, Fulham

GW 22, Fulham akan berjumpa Burnley, pasukan yang memang bermasalah tang pertahanan. Jangan lupa, walaupun banyak bolos musim ni, 47 dalam 21 perlawanan. Mitrovic salah satu nama yang sering naik untuk bantu Fulham ye.

Harga : 6.5m | Mata : 87

 

#2. Danny Ings, Southampton

Southampton dah lawan kebanyakan pasukan kuat, jadi lawan lepas ini adalah Leicester, Everton, Crystal palace dan Burley. Ings berkemungkinan besar akan score dalam 5 perlawanan selepas ini.

Harga : 5.6m | Mata : 67

 

#3. Sergio Aguero, Manchester City

Akhirnya, Aguero kembali menemui sentuhan magiknya dan berjaya tersenarai dalam kebanyakan tips FPL untuk gameweek 22.

Harga : 11.2m | Mata : 92

 

#4. Alisson, Liverpool

Dikatakan sebagai pembelian terbaik musim ini, Alisson setakat ini berjaya membantu Liverpool mencatatkan rekod tanpa kalah.

Dengan kutipan 100 mata, selepas lawan City malam nanti, lawan Brighton, Crystal palace, Leicester bukanlah masalah besar untuk beliau.

Harga : 5.9m | Mata : 100

 

#5. Sol Bamba, Cardiff City

Serangan Tottenham ternyata cukup kuat nak dipatahkan Cardiff minggu 21. Kalah 0-3 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Untuk gameweek 22 dan 23, the Bluebirds akan bertemu pasukan bawahan Huddersfield dan Newcastle.

Harga : 4.5m | Mata : 66


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk Januari, gameweek 21 dah berjalan selasa malam lagi, malam ni game terakhir antara City vs Liverpool. Gameweek 22 akan berlangsung Sabtu ni.

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]


[ HADIAH PEMENANG BULAN JANUARI ]

Untuk Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi.

Pemenang pertama akan menerima voucher bernilai RM150, pemenang kedua RM 100 dan ketiga RM80. 

Tak cukup dengan itu, ada diskaun tambahan lagi kalau korang nak buat jersi untuk team bola atau futsal korang sendiri. Yang penting, ianya bukan cap ayam. Kaki Jersi punya tau.

Tengok design KL 2018 Malaysia diorang ni, memang cun 

Kalau korang yang tak tahu lagi, Kaki Jersi adalah destinasi premium untuk korang dapatkan jersi-jersi yang berkualiti dengan harga berpatutan. Selain material yang selesa, korang boleh jugak kalau nak custom untuk pasukan korang sendiri. 

Untuk Maklumat Lanjut :

Website : KakiJersi

Facebook : KakiJersiDotCom

Instagram : KakiJersiDotCom