Tips Fantasy Premier League : Gameweek 17 – Beri Perhatian Kepada 5 Pemain Ini

December 13, 2018 - 02:34 PM


Minggu ini, rasanya kehangatan EPL akan tengelam dek sebab Final Piala Aff Suzuki antara Malaysia lawan Vietnam. Tapi, GW17 EPL tetap akan berjalan macam biasa, jadi tips pun akan ada macam biasa.

Minggu lepas, boleh dikatakan ada dua puak dalam Fantasy ni, yang gumbira habis sebab Mo Salah hat-trick, dan yang menung sebab Harry Kane tak start pun untuk Totenham. Tapi, nak buat macam mana, dah lepas pun. Mulakan balik je.

Menjelang GW17 nanti, ada beberapa orang pemain yang disebut-sebut oleh kebanyakan scout game fantasy ni. Dikhabarkan, 5 pemain ini berkemungkinan besar untuk sumbangkan mata.

#1. Lucas Torreira, Arsenal

Arsenal nampak gayanya tengah dalam prestasi terbaik dalam Gameweek sebelum ini dengan Aubemeyand dan Lacazette masing-masing menyerlah dan menjadi.

Tapi, antara keduanya tu, ada Lucas Toreira yang muncul sebagai thread kepada pasukan lawan. Pemain tengah berasal dari Uruguay ni berjaya mengutip 23 mata dalam tiga perlawanan sebelum ini dan tak mustahil akan ulangi perkara sama menentang Southampton, Burnley dan Brigton selepas ini.

Harga Terkini: 5.1m ; Mata Kutipan Terkini: 55

 

#2. Cesar Azpilicueta, Chelsea

Chelsea menjadi salah satu pasukan yang berjaya catatkan clean sheet menentang juara bertahan Manchester City. Salah satu watak penting dah tentulah Azpilicueta. Masa lawan City tempoh hari, banyak thread yang berjaya dipatahkan.

Selepas ini, Chelsea akan melawan Brighton, Watford, Leicester, Crystal Palace dan Southampton. Nak dapatkan markah total senang je ni nanti.

Harga Terkini : 6.3m ; Mata Kutipan Terkini : 69

 

#3. Son Heung-min, Tottenham

Awal musim ni, Son Heung-min agak lambat nak dapatkan rentak. 5 Gameweek sebelum ini, Son dah berjaya sumbangkan 35 mata.

Dengan Spurs dan Son menang selesa dengan Leicester, 5 perlawanan selepas nib oleh dikatakan lubuk mata lah. Boleh gantikan Son dengan Silva yang cedera.

Harga Terkini : 8.5m ; Kutipan Mata Terkini : 51

 

#4. Javier Hernandez, West Ham

Javier Hernandez nampaknya cepat adaptasi untuk gantikan tempat Arnautovic yang masih cedera. Setakat ni, dah jaringkan 3 gol.

Pellegrini pulak, nampak selesa gunakan 2 penyerang dan nampaknya Hernandez akan lebih banyak start menjelang sepak mula yang banyak pada bulan 12 ni.

Kalau nak cari striker back-up, bolehlah standby Chicharito ni.

Harga Terkini : 6.4m ; Kutipan Mata Terkini : 43

 

#5. Bernardo Silva, Manchester City

Dalam banyak-banyak pasukan, Manchester City sekarang agak teruk terjejas sebab ramai pemain yang cedera. Hanya 15 orang pemain senior yang boleh bermain menentang Hoggenheim tempoh hari.

Krisis kecederaan ni mungkin pelunang buat Silva untuk menyinar. Sebabnya kedua-dua pemain tengah lain iaitu De Bruyne dan David Silva cedera. Untuk 5 perlawanan menentang Everton, Crystal palace, Leicester dan Southampton, boleh cuba ambil Bernardo Silva dalam pasukan.

Harga Terkini : 7.5m ; Kutipan Mata Terkini : 68


LIGA FANTASY RILEKLAH

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657


[ Hadiah Bulan Disember ]

Untuk Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

 

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Promosi Terkini Hotel Sunway Putra :

Pakej Percutian Sempena Christmas dan Tahun Baru

Sempena perayaan Chrismas dan tahun baru yang akan menjelang tak lama lagi, Hotel Sunway Putra ada sediakan pakej penginapan menarik. Bilik Deluxe, dengan sarapan pagi bermula pada RM266 satu malam.

Penginapan boleh dilakukan dari 1 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019

Klik Untuk Dapatkan Promosi Ini

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Promosi Terkini Hotel Sunway Velocity :

Sekarang, mereka ada buat promosi tempahan secara langsung melalui laman web untuk dapatkan lebih banyak penjimatan; 15% untuk Rate Terbaik dan terima voucher semasa check-in.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut