Tips Fantasy Premier League : Pemain ‘In-Form’ Yang Diperlukan Untuk GW9

October 11, 2018 - 01:16 PM


Menjelang GW 9, prestasi pemain-pemain boleh dikatakan sememangnya ada yang naik dan turun. Kena pulak, sebelum minggu ke-9 nanti, ada international break. Untuk yang sentiasa update pasukan, eloklah tengok pemain-pemain korang, takut ada yang cedera semasa bermain untuk negara nanti.

Dalam ramai-ramai pemain, ada beberapa nama yang agak menyerlah sejak mulanya kempen 2018/19, tapi kena ingat yang bola sepak ni permainan pasukan. Kalau sorang je menyerlah, baik main badminton. Hehehe…

Gylfi Sigurdsson, Matt Doherty dan Lacazette antara yang mencuri perhatian untuk minggu lepas dengan masing-masing berjaya menjaringkan gol dan menyumbangkan mata untuk team-team fantasy.

Menjelang minggu ke-9 atau GW9 nanti, ada beberapa pemain yang tengah ‘panas’ dan prestasi agak memberangsangkan. Kitorang cadangkan, korang tukar sikit beberapa pemain yang ada dengan mereka-mereka ini.

 

GKP : Rui Patricio (Wolves – 6.0m) – 7.0 form

Antara 10 pemain, seorang penjaga gol sahaja yang masuk dalam top-10 pemain yang perlu ada. Dengan rekod 4 perlawanan tanpa bolos, Patricio boleh dikatakan salah satu faktor kenapa Wolves berada di top half liga.

 

DEF : Matt Doherty (Wolves – 4.7m) – 10.3 form

Agak ramai pemain-pemain Wolves yang dipilih sebagai pemain terbaik setiap minggu, Matt Doherty adalah yang terbaru. Right back ni dah assist dua kali dan dah score satu gol.

 

MID : MID: Eden Hazard (Chelsea – 11.3m) – 11.8 form

Empat perlawanan terbaik Hazard memberikan mata sebanyak 55 secara keseluruhan. Kalau ada Hazard dalam pasukan, sedaplah sikit nak bersaing nanti.

 

MID: Gylfi Sigurdsson (Everton – 7.4m) – 8.3 form

Sigurdsson memulakan kempen liga kali ini dengan penuh bergaya, form dia maintain dari awal. Selain tu, sentiasa ada assist atau gol daripada Sigurdsson ni. Kalau korang masih simpan Salah, maka salah-lah percaturan korang. Tukar cepat! Hehehe.

 

MID: Raheem Sterling (Man City – 11.1m) – 7.8 form

Sterling mendapat kepercayaan Pep selain Aguero. Walaupun City ada Mahrez dan Sane, tapi prestasi Sterling lebih menyerlah setakat ini.

 

MID: Johann Berg Gudmundsson (Burnley – 6.0m) – 7.5 form

Gudmundsson mencatatkan 3 jaringan dan 2 bantuan untuk jaringan gol dalam tiga perlawanan akhir Burnley. Namun, lawan Burnley selepas ini adalah Manchester City dan Chelsea, jadi mungkin dia akan tengelam sikit seminggu dua ni.

 

MID: Ryan Fraser (Bournemouth – 6.0m) – 6.8 form

Boleh dikatakan 1/4  pasukan yang ada dalam persaingan Fantasy Premier League ni ada pemain tengah ni. Dengan popularity yang semakin naik, harga pun makin naiklah. Performance tengah cun, baik sambar sebelum harga naik lagi. Hikhik.

 

FWD: Josh King (Bournemouth – 6.3m) – 7.0 form

Persembahan yang memukau menentang Watford minggu lepas. King menjadi salah seorang top striker dalam liga setakat ini.

 

FWD: Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal – 10.7m) – 7.3 form

Walaupun peringkat permulaan yang agak perlahan bagi Aubemeyang, tapi penyerang ini semakin mendapat rentak. Hasilnya, empat gol daripada 5 perlawanan, dan beberapa assist.

 

FWD: Alexandre Lacazette (Arsenal – 9.6m) – 7.5 form

Gandingan Lacazette dan Aubemeyang adalah paling ditakuti setakat ini, Gunners dikatakan dalam landasan terbaik musim ini. Lacazette mencatat 4 gol dan 4 assist setakat ini.



 

LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan. Untuk bulanOgos dan September, pemenang boleh rujuk di posting kami di Facebook.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitrorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN OKTOBER

Untuk bulan Oktober, 3 manager teratas akan menerima voucher membeli belah di Sport Direct bernilai RM200. Pemenang pertama RM100, Kedua dan Ketiga RM50. 

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...