Tips Fantasy Premier League : Pemain Murah, Kutipan Mata Tinggi Menjelang Gameweek 5

September 13, 2018 - 01:47 PM


Berakhirlah sudah ‘international break’ dan hujung minggu ini, EPL akan kembali bersambung seperti biasa. Untuk korang yang nak buat perpindahan pemain, ada beberapa nama yang sangat berbaloi untuk korang letakkan dalam skuad.

Selain status pemain sebagai ‘superstar’ jarang-jarang mengecewakan, tapi untuk pergi jauh dalam permainan fantasy ini, korang kena ada squad yang ada banyak talent. Bukan sahaja dari segi harga, tetapi prestasi diorang atas padang.

Untuk kali ini, pemain Watford boleh dikatakan menjadi kejutan setakat ini dengan dua pemain pertahanan mereka jatuh dalam kategori ‘best bargain’. Harga murah, tapi menyumbang point!

Nama-nama pemain ini dipilih berdasarkan harga diorang dibandingkan dengan mata per million. Contoh harga player 7 juta, dia dapat 4 mata  dalam sejuta. Jadi, total ada 28 mata. Ini contoh.

 

PENJAGA GOL

 

Wayne Hennessey – Crystal Palace : 4.5m – 4.7 points per million

Dibantu dengan beberapa penalty save, Hennessey adalah salah seorang penjaga gol yang murah, tapi menyumbang markah yang banyak untuk pasukan.

 

JOE HART – Burnley : 4.5m – 4.7 points per million

Prestasi Hart sama dengan Henessey. Termotivasi dengan save penalty untuk perlawanan sebelum ini, Hart semestinya akan mendapat satu confident boost untuk perlawanan minggu ini.

 

ALEX MCCARTHY – Southampton : 4.5m – 5.1 points per million

McCarthy mempunyai permulaan musim yang sangat memberangsangkan. 2 perlawanan tanpa bolos, dipanggil pulak oleh England. Kutipan mata pun tinggi.

 

NEIL ETHERIDGE – Cardiff : 4.6m – 6.7 points per million

Walaupun akan berdepan dengan beberapa perlawanan sukar selepas ini, setakat ini Etheridge berjaya selamatkan 2 sepakan penalti, dan 2 perlawanan tanpa bolos.

 

PEMAIN PERTAHANAN

 

CRAIG CATHCART – Watford : 4.5m – 4.7 points per million

Seperti yang disebut diatas tadi, Watford boleh dikatakan mempunyai permulaan musim yang agak sempurna. Empat perlawanan pertama – Cathcart mendapat markah bonus dan gol, ada juga perlawanan tanpa bolos.

 

STEVE COOK – Bournemouth : 4.6m – 4.8 points per million

Setakat ini, Cook telah membuat 1 jaringan, 1 assist, perlawanan tanpa bolos dan mendapat markah bonus maksimum.

 

BENJAMIN MENDY – Manchester City : 6.4m – 5.0 points per million

Dengan 5 assists, Mendy merupakan salah seorang pemain pertahanan yang patut korang tambah dalam skuad korang. Lagi satu, Mendy lebih banyak ‘habiskan masa’ dekat box lawan.

 

ANDREW ROBERTSON – Liverpool : 6.1mil – 5.2 points per million

Siapa yang ada Robertson memang best, setakat ini mempunyai 3 clean sheet. Selain itu, Robertson gemar lakukan larian dan hantaran silang yang berbahaya juga mampu memberikan markah assist sekiranya hantaran tersebut disempurnakan.

 

MARCOS ALONSO – Chelsea : 6.8mil – 6.6 points per million

Walaupun Alonso merupakan pemain pertahanan yang paling mahal dalam FPL ni, tapi dia masih pembelian yang berbaloi. 5 assists, 2 clean sheet, 1 jaringan gol dan setakat ini mengutip markah bonus dalam semua perlawanan.

 

JOSE HOLEBAS – Watford : 4.8mil – 7.2 points per million

Inilah pemain yang paling berbaloi buat masa ini, kurang daripada 5.0 mil, dah menyumbang 4 assists, ditambah dengan satu jaringan gol dan satu perlawanan tanpa bolos.

 


LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan. Untuk bulan Ogos, pemenang boleh rujuk di posting kami di Facebook.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitrorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

 

 

HADIAH BULAN SEPTEMBER

Untuk bulan September, dengan besar hati kitorang nak umumkan yang hadiah untuk 3 top manager bulan September ialah voucher satay daripada ABAMSATAY.

 

Pemenang petama akan menerima voucher untuk 600 cucuk, kedua 300 cucuk dan ketiga 100 cucuk.

Untuk pengetahuan korang, ABAMSATAY ni adalah ‘specialist’ dalam menyediakan satay untuk event dan acara-acara keramaian. Misalkata birthday party ke, kenduri ke. Kalau korang nak tempah satay dengan ABAMSATAY ni, boleh jugak, call je : 017 254 6869

p/s: Jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...