Tips Fantasy Premier League : Pemain Yang Menjadi, Pemain Yang ‘Out’ Gameweek Ke-4

September 04, 2018 - 04:26 PM


Masa dan sangat genting dah tiba untuk korang yang ‘hustler’ dan selalu join FPL ni. Untuk gameweek 4, Mo Salah nampak macam tak menjadi, ada 2 points je. 

Untuk korang yang frust menonggeng tu, jangan risau. Selepas ini perlawanan akan jadi menarik. Untuk perlawanan minggu ke-5 ni, ada beberapa perlawanan penting. Pertembungan antara Spurs dan Liverpool dah semestinya jadi tumpuan. 

Sebelum deadline register pasukan ditutup, ini ada beberapa orang pemain yang menjadi dan ada yang ‘out’ untuk minggu lepas. Sebagai ‘manager’ yang bijak, korang patut buat keputusan yang tepat.

Sebelum tu, jom kita tengok DREAMTEAM WEEK 4

 

PENJAGA GOL :

Yang Menjadi :-

Alisson Becker

Salah seorang penjaga gol yang baru bolos sebijik untuk musim ini dan minggu ini Liverpool akan bertemu Spurs.

Kemungkinan Allison dapat 'save' banyak dan menyumbang points tu tinggi. 

 

Joe Hart

Membuat 'save' sebanyak 7 kali dalam perlawanan melawan United, satu save penalti. Tak hairan nama Joe Hart ada dalam Dream Team kali ini. 

 

Yang ‘Tak Perform’

Martin Dubravka

Jaringan gol sendiri pada minit akhir perlawanan dah membuatkan ramai ‘goyah’ dengan prestasi keeper sorang ni. Kena pulak, hujung minggu ni akan berdepan dengan Arsenal. 

 

Kasper Schmeichel

Walaupun ada rekod satu perlawanan tanpa bolos, adalah satu keajaiban sekiranya ia berulang lagi. Melepaskan 6 shot on-target semasa menentang United minggu pertama pembukaan liga.

Menentang Bournemouth, mungkin korang nilai prestasi Schmeichel pada game ni nanti. Kalau boleh lagi, kekalkan.


PERTAHANAN

Yang Menjadi

Aymeric Laporte

Walaupun perlukan lebih kurang 6 bulan pertama di Liga Inggeris untuk menyesuaikan diri, akhirnya Laporte berjaya membuktikan mengapa Pep meletakkan harapan begitu tinggi keatasnya.

Walaupun City hanya berjaya mencatat 1 cleen sheet daripada 3 perlawanan pertama, perlawanan menentang Newcastle pada minggu ini nampak mudah kepada City. Selain itu Laporte agak cemerlang dalam ‘dead-ball’ situation dan jugak serangan.

Marcos Alonso

Memainkan peranan yang agak penting dalam kemenangan Chelsea minggu lalu, nama Alonso perlu ada dalam senarai apabila Chelsea akan berdepan Cardiff minggu ini. 

 

Yang ‘Tak Perform’

Arthur Masuaku

Kalau korang masih simpan Arthur Masuaku ni, elok berhentilah main FPL. Masuaku dah bolos 9 gol dan akan melayan kunjungan Wolves yang mempunyai gameplay menyerang. Kini dengan 0 mata, West Ham berada di kedudukan tercorot liga.

Ben Mee

Walaupun mendapat pujian melangit pada musim lalu, Ben Mee dikatakan bermasalah untuk sesuaikan diri dan kepadatan jadual Piala Europa dan liga domestik.

 


PEMAIN TENGAH

Yang Menjadi

Lucas Moura

Selain persembahan yang menakjubkan ketika membenam United minggu lepas, Moura patut dikawal ketat oleh pemain Liverpool minggu ini.

 

Mohamad Salah

Walaupun minggu lalu, Salah tidak berjaya menjaringkan gol. Gaya pemainannya dan kehadiran Salah dalam padang cukup mengubah permainan Liverpool.

Rasanya tak payah cerita banyak kenapa Salah patut ada dalam senarai pemain tengah korang.

 

Yang ‘Tak Perform’

Jojo Shelvey

Selalu diambil sebagai pelengkap pasukan, Jojo Shelvey patut diletakkan dibangku simpanan sahaja minggu ini. Berkemungkinan besar, beliau tidak akan diturunkan menentang Arsenal nanti.

Leroy Sane

Dinobatkan PFA Young Player of the Year pada musim lalu, tahun ini agak sukar untuk Sane mendapat tempat di skuad Pep Guardiola. Musim lalu hanya diturunkan selama 30 minit ketika City mempertahankan kejuaraan mereka.


PENYERANG

Yang Menjadi

Aleksandar Mitrovic

Persembahan menakjubkan ketika Fulham menewaskan Burnley 4-2 minggu lalu, Mitrovic dah capat purata 1 gol satu perlawanan setakat ini.

Pierre-Emerick Aubameyang

 

 

Yang ‘Tak Perform’

Kenneth Zohore

Hanya mencatat 4 percubaan untuk tiga perlawanan pertama, Zohore akan melayan kunjungan Chelsea. 

Christian Benteke

Selepas terlepas Piala Dunia, penyerang Crytal Palace ini masih tidak dapat membuktikan dirinya. Setelah 238 minit perlawanan, masih belum ada percubaan yang berbahaya berjaya dilakukan. Malah, lebih baik korang letak Wilfred Zaha.

 


LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan. Untuk bulan Ogos, pemenang boleh rujuk di posting kami di Facebook.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitrorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

 

 

HADIAH BULAN SEPTEMBER

Untuk bulan September, dengan besar hati kitorang nak umumkan yang hadiah untuk 3 top manager bulan September ialah voucher satay daripada ABAMSATAY.

Pemenang petama akan menerima voucher untuk 600 cucuk, kedua 300 cucuk dan ketiga 100 cucuk.

Untuk pengetahuan korang, ABAMSATAY ni adalah ‘specialist’ dalam menyediakan satay untuk event dan acara-acara keramaian. Misalkata birthday party ke, kenduri ke. Kalau korang nak tempah satay dengan ABAMSATAY ni, boleh jugak, call je : 017 254 6869

p/s: Jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...