Tips Fantasy Premier League – 5 Pengganti Harry Kane Menjelang GW23

January 17, 2019 - 12:10 PM


Harry Kane dilaporkan cedera dan direhatkan sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac nanti. Kalau pasukan korang ada Harry Kane, jangan risau. Korang tak berseorangan. Menurut statistik, terdapat 25% pasukan yang ada dalam Fantasy Premier League ni ada Harry Kane.

Kalau tak ada, terselamatlah. Jangan lupa yang Son Heung-min jugak tak akan beraksi sebab tengah membantu skuad Korea Selatan dalam saingan Piala AFC.

Kalau korang taka da idea nak pilih siapa sebagai pengganti sesuai untuk Harry Kane, jom tengok pemain-pemain yang boleh korang turunkan.

#1. Marcus Rashford, Manchester United

Penyerang Manchester United ni dah mengumpul empat gol dalam lima perlawanan dibawah pengurus baru, Ole Gunnar Solskjaer. Dijangkakan jumlah gol akan bertambah sebab lepas ni United akan bertemu Brighton, Burnley, Leicester dan Fulham.

Tukar Kane kepada Rashford, lebihan 5m tun anti korang amiklah Salah, Sterling atau Hazard untuk bahagian tengah.

Harga : 7.5m | Kutipan Mata Terkini : 86

 

#2. Gabriel Jesus, Manchester City

Persembahan Gabriel Jesus memang luar biasa semenjak du ani. Pemain daripada Brazil ni berjaya menjaringkan 7 gol dalam 3 penampilan bersama City.

Menariknya, hanya 2.4% daripada FPL Manager mempunyai Jesus dalam pasukan. Maksudnya, kalau ada dia dalam pasukan, ada kelebihan lah berbanding majoriti daripada pengurus-pengurus lain.

Harga : 10.1m | Kutipan Mata Terkini : 56

 

#3. Fernando Llorente, Tottenham Hotspur

Penyerang pilihan kedua Pochettino ni dijangka akan diturunkan lebih kerap selepas ini untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kane.

Apa yang merisaukan, Pochettino menggunakan Dele Alli sebagai false 9. Setakat ni, Llorente hanya bermain 36 minit dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol mahupun assist.

Kalau letak sebagai penyerang utama, mungkin berisiko. Gunakan sebagai back-up striker boleh kot.

Harga : 5.6m | Kutipan Mata Terkini : 6

 

#4. Pierre-Emerick Aubemeyang, Arsenal

Aubemeyang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan ketiadaan Harry Kane sebagai ‘mesin gol’ akan membuatkan ramai FPL Manager yang akan gunakan khidmat Aubemeyang.

Selain Kane dan Aguero, Aubemeyang adalah salah seorang penyerang ‘elit’ yang kini mengumpul mata yang tetinggi antara ketiga-tiga pemain tersebut.

Walaupun laluan Arsenal agak sukar selepas ini, melawan Chelsea dan City minggu seterusnya, diharapkan Aubemeyang bolehlah score walaupun Arsenal kalah kedua-dua game nanti.

Harga : 11.3m | Kutipan Mata Terkini : 134

 

#5. Roberto Firmino, Liverpool

Walaupun ‘baru muncul’ dengan persembahan yang baik, Firmino agak mengecewakan sejak GW 1. Banyak gol daripada Liverpool dijaringkan oleh Salah.

Sebelum-sebelum ini, sampai 7 perlawanan Firmino tanpa jaringan mahupun assist, tetapi minggu kebelakangan ni, dia dah jumpa sentuhan semula. Dalam 3 perlawanan, berjaya jaringkan 4 gol.

Swap Kane kepada Firmino, baki tu topup lah untuk dapatkan pemain tengah yang rajin bagi point macam Salah atau Hazard.

Harga : 9.3m | Kutipan Mata Terkini : 104

Sementara kita tunggu next game, apa kata kita layan highlight perlawanan pilijan minggu lepas ni :

 


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]

 

[ HADIAH PEMENANG BULAN JANUARI ]

Untuk Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi. Kaki Jersi adalah destinasi premium untuk korang dapatkan jersi-jersi yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Selain material yang selesa,design yang premium untuk dipakai masa korang keluar dating, korang boleh jugak kalau nak custom untuk pasukan korang sendiri. Cuba tengok contoh design Klasiko FC ni, smart tau! 

Untuk bulan Januari ni,  pemenang pertama akan menerima voucher bernilai RM150, pemenang kedua RM 100 dan ketiga RM80 daripada KakiJersi. 

Tak cukup dengan itu, ada diskaun tambahan lagi kalau korang nak buat jersi untuk team bola atau futsal korang sendiri. Yang penting, ianya bukan cap ayam. Kaki Jersi punya tau. Memang puas hati!

Untuk Maklumat Lanjut :

Website : KakiJersi

Facebook : KakiJersiDotCom

Instagram : KakiJersiDotCom