Tips Fantasy Premier League – Gameweek 19

December 24, 2018 - 12:23 PM


Macam yang diberitakan sebelum ni, memang bulan 12 ni game agak padat. Minggu ni, ada game midweek sehari lepas perayaan Krismas.

Ini senarai penuh perlawanan yang akan berlangsung Rabu nanti :

Untuk tips EPL Fantasy minggu ini, lebih bertumpu kepada pemain-pemain yang boleh mendatangkan mata untuk pasukan korang. Minggu lepas, berbahagialah siapa yang ada Salah, Kane dan Pogba. Masing-masing point bukan main.

Untuk minggu ini; korang boleh dapatkan khidmat salah seorang dari pada trio tersebut ataupun, gunakan pemain-pemain ini :

#1. Raheem Sterling, Manchester City

Sterling adalah penjaring terbanyak EPL musim ini. Untuk City, Aguero dan Jesus sering dirotate penggunaannya. Sterling sekarang ni bertindak sebagai penyerang dan dah banyak kali buktikan. Memang kalau ada Sterling, ia adalah satu ancaman kepada pasukan lawan.

 

#2. Angelo Ogbonna, West Ham

Pertahanan West Ham boleh dikatakan agak kental 3 minggu kebelakangan ni, sebelum ni 3 clean sheet berjaya dicatatkan.

Harga yang diletakkan pada Ogbonna adalah 4.4m dan korang boleh amik risiko ni menjelang double gameweek pada minggu 22 nanti.

 

#3. Andre Gray, Watford

Walaupun kebelakangan ni, Watford serba serbi tak menjadi, krisis kecederaan pemain dan rekod disiplin yang agak teruk. Mana taknya, 3 kad merah dalam 3 perlawanan sebelum ni.

Dengan ketidaan Deeney akibat kad merah, Andre Gray dikhabarkan akan ganti tempat Deeney. Gray kalau nak ikutkan, memang jarang diturunkan, tapi bila diturunkan, jaranglah mengecewakan. Dalam empat perlawanan yang diturunkan, Gray berjaya jaringkan 1 gol, dan menyumbang 2 assist.

 

#4. Paul Pogba, Manchester United

Sekian lama Pogba tenggelam, perlawanan menentang Cardiff dia mengutip 13 mata kot. Dengan pengurusan baru, boleh nampak macam mana permainan United berubah. Pemain lebih banyak menyerang berbanding sebelum ini.

Selain Pogba, dah boleh masukkan balik rasanya beberapa pemain Man Utd nanti. Macam Lingard atau Rashford.

 

#5. Charlie Austin, Southampton

Salah seorang striker ‘bajet’ yang korang boleh dapatkan. Walaupun perlawanan away diroang agak susah, tapi ada beberapa perlawanan home yang agak best.

Cuma, harap pengurus Southampton tak letak Gabbiadini lah untuk start macam game lawan Chelsea haritu.


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Joinlah, bukan kena bayar pun. Hehehe.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

 

[ Hadiah Bulan Disember ]

Untuk Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

 

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Promosi Terkini Hotel Sunway Putra :

Pakej Percutian Sempena Christmas dan Tahun Baru

Sempena perayaan Chrismas dan tahun baru yang akan menjelang tak lama lagi, Hotel Sunway Putra ada sediakan pakej penginapan menarik. Bilik Deluxe, dengan sarapan pagi bermula pada RM266 satu malam.

Penginapan boleh dilakukan dari 1 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019

Klik Untuk Dapatkan Promosi Ini

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Promosi Terkini Hotel Sunway Velocity :

Sekarang, mereka ada buat promosi tempahan secara langsung melalui laman web untuk dapatkan lebih banyak penjimatan; 15% untuk Rate Terbaik dan terima voucher semasa check-in.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut