Wan Kuzain Menyerlah Di MLS, Cipta Jaringan Pada Penampilan Kedua

June 05, 2018 - 03:36 AM


Nama Wan Kuzain Wan Kamal tidaklah dikenali ramai, walaupun tidak menaiki kereta mewah namun bintang yang berkelana di Amerika Syarikat ini berjaya menempa nama di sana.

Dalam penampilan keduanya bersama kelab yang diwakilinya, Sporting Kansas City dalam satu perlawanan Major League Soccer (MLS) menentang Minnesota United Fc, beliau telah berjaya mencetak gol.

Dalam video yang dikongsi oleh Team Malaysia ini, percubaan Wan Kuzain dalam kotak penalty setelah mendapat umpanan daripada rakan sepasukan berjaya menerjah jaring gol. Jaringan beliau pada minit ke-35 ini berjaya meletakkan pasukannya di hadapan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4-1.

Nampaknya wonder kid kita seorang ni bakal mendapat perhatian dunia dan diharapkan beliau kekal disana dan tidak dipancing pasukan dari Amerika Selatan Malaysia. =D

Selamat maju jaya Wan Kuzain! Sekiranya khidmat anda diperlukan oleh Malaysia satu hari nanti, berkhidmatlah demi lencana didada, bukannya untuk seat kereta racing ataupun wang dalam bath tub. Eh.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video