Tak Beri Anak Vaksin, Anda Tergolong Orang Berdosa! – Mufti WP

TERKINI
February 27, 2019 - 05:49 PM


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ramai yang marah dan mengecam golongan anti-vaksin.

Isu itu lebih ‘panas’ selepas media melaporkan kes kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia kerana jangkitan Difteria akibat tidak mendapat imunisasi, manakala 5 orang lagi positif penyakit sama di Johor Bahru.

Namun, golongan berkenaan tetap berdegil dengan mempersoalkan status halal vaksin yang terdapat di negara ini.

Sedangkan telah disahkan Menteri bertanggungjawab serta pakar agama bahawa vaksin di Malaysia adalah halal dan mendapat kelulusan daripada pelbagai pihak.

Peka dengan isu itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman sesawangnya mengingatkan golongan anti-vaksin bahawa mereka dikategorikan sebagai BERDOSA sekiranya lalai memberikan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka.

Berikut kenyataan Mufti Wilayah dalam portalnya.

 

Malah, beliau turut bersetuju jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan pengambilan vaksin bagi kanak-kanak pada peringkat persekutuan mengikut Program Imunisasi Kebangsaan (jadual di bawah) seperti yang dicadangkan banyak pihak.