
5 Lokasi Menarik Hangpa Wajib Singgah Kalau Mai Seberang Perai
Sebut saja nama negeri Pulau Pinang, rasanya semua dari kita sudah dapat bayangkan pelbagai variasi tempat percutian di sana.Warung Kelapa Sawit
Maklumlah, pulau itu sudah berdekad lamanya menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Tapi, sebenarnya masih ada banyak lagi lokasi yang jarang diteroka pelancong, terutamanya di bahagian “Tanah Besar” Pulau Pinang.
Dikenali sebagai Seberang Perai, kawasan ini seluas 751km persegi. Luas kan?
Jadi, mungkin selepas ini kalau hendak ke Pulau Pinang, korang boleh ada “itinerary” baru dan bolehlah merasai pula pengalaman explore belah Seberang Perai yang tak kurang hebatnya macam di lokasi popular lain di Penang.
Jom kita lihat 5 lokasi menarik yang hangpa wajib singgah kalau mai Seberang Perai!
TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR
Taman ini adalah lokasi riadah yang disediakan didalam Hutan Simpan Bukit Panchor. Lokasinya hanya 10km dari Pekan Nibong Tebal. Anda boleh singgah di sini dari jam 7 pagi sehinggalah 6 petang.
Ianya percuma!
Kawasan ini di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Korang boleh menggunakan perkhidmatan tapak perkhemahan yang selesa.
Dewan terbuka juga disediakan. Sejumlah 160 orang boleh ditempatkan pada satu-satu masa. Jadi, kalau ada yang rancang untuk adakan gathering atau team building, lokasi ini memang sesuai sangat.
Selain kemudahan perkhemahan, rumah rehat, surau dan tandas juga disediakan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Terpulang pada anda kalau nak mandi sungai, trekking atau meneroka gua berhampiran.
Tambah menarik, lokasi Taman Negeri ini bersempadan dengan daerah Bandar Baharu di negeri Kedah, dan berhampiran Daerah Kerian di Perak. Jadi kalau datang ke sini, anda dah dekat sangat dengan titik sempadan antara 3 buah negeri. Hebat, kan!
WARUNG KELAPA SAWIT
Lokasinya tak jauh dari susur keluar Lebuhraya Utara Selatan. Kalau korang travel ke Utara, boleh singgah pekena lauk sedap kat sini dulu.
Ia terletak di Kampung Tok Kangar, 2 kilometer dari Autocity Juru.
Istimewanya warung ini terletak berhampiran kebun kelapa sawit. Anda akan dapat menikmati suasana makan di dalam khemah yang ditempatkan berhampiran kebun ini.
Menu yang popular di sini ialah ikan bawal goreng panas-panas.
Perniagaan yang dimulakan dengan menyediakan pelbagai lauk pauk ini mula menjadi perhatian penduduk sekitar selepas ikan bawal goreng ini diperkenalkan dan menjadi menu kegemaran pelanggan pada tahun 2010.
Perniagaan ini diusahakan oleh Ismail Arshad bersama keluarga sejak tahun 2007.
PANTAI BERSIH
Rugilah kalau ke Pulau Pinang tapi tak jejakkan kaki ke pantai.
Tapi, tak semestinya korang kena ke Teluk Bahang untuk merasai pengalaman itu. Apa kata korang try jejak Pantai Bersih!
Pantai Bersih ni jaraknya dari Penang Sentral, hanya 6 kilometer.
Dah nama pun pantai bersih, memang bersih pantai di sini. Anda pun pasti akan terpesona dengan keindahan ditambah kebersihan pantai yang jarang sekali kita nak nampak di pantai-pantai lain.
Airnya yang biru, sangat sesuai kalau korang nak buat port lepak sambil bergambar OOTD.
Kalau anda impikan potret yang gempak berlatarbelakangkan panorama indah pantai, dengan hiasan bangunan ikonik di Pulau Pinang, Pantai Bersih adalah lokasi yang paling best!
Dari sini anda boleh nampak bangunan KOMTAR, selain kapal-kapal persiaran mewah berlabuh di perairan Pulau Pinang.
Banyak tempat makan tersedia di sini, kalau anda nak hangout lama kat sini.
AZIZ MEE UDANG
Sebut je Pulau Pinang, anda mesti dah terfikir nasi kandaq kan? Tetapi disebabkan negeri ini juga memang popular sebagai ‘Syurga Makanan’ untuk misi jalan-jalan cari makan – apa kata kali ini untuk sedikit kelainan anda cuba singgah ke Aziz Mee Udang.
Lokasinya hanya 100 meter dari susur keluar Sungai Dua, lebuhraya PLUS.
Sesuai dengan namanya, dah tentulah menu utama atau disebut signature dish di sini semestinya Mee Udanglah!
Aziz Mee Udang sudah sedia terkenal dalam kalangan penduduk sekitar.
Tapi kalau anda jenis yang tak makan Udang atau ada allergic, jangan risau sebab di sini ada pelbagai menu lain disediakan sebagai pilihan sajian.
Antaranya Mee sotong, Mee daging, gulai temenung panas. Sate pun ada tau! Semuanya sedap-sedap belaka!
SAWAH PADI
Anda tau tak sebenarnya di Seberang Perai ini ada sawah padi.
Kalau anda travel guna lebuhraya PLUS sebelum ni, mesti pernah nampak sawah padi terbentang luas selepas plaza Tol Sungai Dua. Kalau anda sangka sawah padi tu Cuma ada di Kedah atau Selangor, anda sebenarnya silap!
Buktinya jika anda menjejakkan kaki di Tasek Gelugur, anda akan berpeluang untuk merasai suasana kampung sama macam di Kedah.
Kalau nak rasa pengalaman ini, pandu saja kereta di sepanjang Jalan Merbau Kudung.
Anda akan melalui Kampung Lahar Yooi, Kampung Nyior Sebatang, dan Kampung Padang Kerai Kecil yang menempatkan sawah padi ni.
Kalau kena pada musimnya, anda memang bertuah kerana berpeluang melihat sendiri padi-padi yang menguning keemasan!
Bayangkan korang pakai baju yang warna kontra, dok tengah-tengah sawah yang padinya menguning. Memang fabulous la gambar Instagram anda nanti!
Apa lagi, plan siap-siap lekaih… pakat mai singgah Seberang Perai!