10 Acara Best Yang Korang Tak Boleh 'Miss' Bulan Februari Ini!

February 04, 2020 - 12:59 PM


Kita telah melangkah ke bulan Februari pada tahun 2020 ini dan bagi merancakkan lagi kempen 'Visit Malaysia 2020' --- apa kata kita tengok apakah acara atau sambutan yang diadakan sepanjang bulan ini yang boleh korang sertai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berikut senarai events yang dipamerkan di laman web rasmi Tourism Malaysia. Jom kita usha :-

1) Kek Lok Si Display of Lights (19 January 2020 - 21 February 2020)

Salah sebuah kompleks kuil Buddha yang terbesar dan menjadi tarikan pelancongan di Pulau Pinang iaitu Kek Lok Si sedang meriah dengan pesta lampu tahunannya bermula 19 Januari lepas hingga 21 Februari ini.

Korang jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan warna-warni lebih 10,000 lampu yang mempesonakan yang menghiasi kuil Buddha berusia 129 tahun tersebut.

LOKASI: Kuil Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang

TELEFON: 04 - 828 3317

 

2) SPARTAN 2020 (1 February 2020 - 29 February 2020)

Spartan adalah jenama nombor satu sukan berhalangan yang terkenal di seluruh dunia. Cabaran halangan yang paling lasak dan terbaik itu telahpun bermula sejak 1 Februari lepas, melibatkan 200 perlumbaan di 42 buah negara.

LOKASI: Shah Alam, Selangor

TELEFON: 017-867 6373

 

3) Le Tour de Langkawi (7 February 2020 - 14 February 2020)

Salah satu acara sukan terbesar di Malaysia dan Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL 2020) akan kembali tahun ini dengan lebih banyak keseronokan dan cabaran,

Menurut penganjurnya Human Voyage, perlumbaan basikal tertua di Benua Asia itu yang telahpun masuk edisi ke-25 penganjurannya bakal meliputi 1100 kilometer jauhnya dan melalui tempat yang unik - kampung, dataran tinggi serta bandaraya.

Trek perlumbaan akan memasuki 9 buah negeri termasuk Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, termasuk juga Sarawak dan Sabah.

LOKASI: Langkawi, Kedah, Terengganu, Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

TELEFON: 04-960 0600

 

4) Konsert BEATLEMANIA  (12 February 2020 - 16 February 2020)

Adakah korang salah seorang pencinta muzik dan peminat tegar kumpulan The Beatles?

Jika ya, korang tak boleh lepaskan peluang untuk menghadiri konsert Beatlemania iaitu sebuah konsert amal yang akan mempersembahkan lebih daripada 36 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda dari United Kingdom itu.

LOKASI: Dewan Tunku Abdul Rahman @ MATIC

TELEFON: 03-342664949

 

5) Chingay Festival (14 February 2020)

Perarakan Chingay ialah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak 1870 yang memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Perarakan sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Tokong Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek dan ia hasil kerjasama lima dialek Tionghua iaitu Hainan, Kantonis, Hakka, Hokkien dan Teochew, yang turut membabitkan penyertaan lebih 10 kereta berhias setiap tahun.

LOKASI: Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor

TELEFON: 07-278 8906

 

6) Selangor Marathon 2020 (22 February 2020 - 23 February 2020)

Bagi yang suka menyertai acara larian maraton, mungkin Selangor Marathon 2020 ini antara acara yang wajib korang join.

Pelbagai kategori disediakan iaitu Full Marathon, Half Marathon, 10 km dan 5 km di mana larian akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang yang juga antara destinasi tarikan pelancong jika ke Selangor.

LOKASI: Litar Antarabangsa Sepang, Selangor

TELEFON: 03-5513 2000

 

7) Hari Kraf Kebangsaan (26 February 2020 - 9 March 2020)

Dianjurkan sejak tahun 2003, Hari Kraf Kebangsaan tahun ini akan diteruskan dengan acara promosi kraf terbesar di negara ini.

Seramai lebih 300 peserta dari seluruh Malaysia akan menyertai acara ini. Pelbagai aktiviti diadakan seperti penjualan produk kraf yang menarik, pameran produk terkini untuk VM2020, demonstrasi pembuatan barangan kraf, persembahan kebudayaan, jualan makanan dan demonstrasi makanan tempatan.

LOKASI: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

TELEFON: 03-2161 3793

 

8) Permainan Dulu-Dulu (22 February 2020 - 23 February 2020)

Siapa dekat sini yang suka dan nak mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan bermain permainan tradisional atau 'Permainan Dulu-Dulu'.

Kalau nak, korang mungkin boleh singgah ke Central Market atau CM Kuala Lumpur kerana di sana ada disediakan pelbagai jenis alatan permainan zaman kita kecil-kecil dulu seperti batu seremban, gasing, sepak bulu ayam dan sebagainya.

LOKASI: Central Market, Kuala Lumpur

TELEFON: 03-2031 0399 / 5399 / 7399

 

9) Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (26 February 2020 - 01 March 2020)

Sejak lebih 20 tahun lalu, Pasir Gudang merupakan lokasi tahunan penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia dan terbesar yang disertai pemain layang-layang tempatan dan antarabangsa.

Festival yang bertujuan untuk mempromosikan permainan wau dan layang-layang dalam kalangan generasi muda ini turut menyediakan demonstrasi dan dekorasi layang-layang, karnival makanan serta banyak lagi aktiviti menarik lain.

LOKASI: Bukit Layang- Layang, Pasir Gudang, Johor

TELEFON: 07-254 7777

 

10) Pesta Angin Timur 2020 @ Perlis East Wind Festival (28 Feb - 1  March 2020)

 

Festival Wind East Perlis mendapat namanya dari kitaran musim sejuk hingga musim panas yang dibawa oleh angin dari timur ke negeri Perlis.

Dengan berlatarbelakangkan keindahan kampung, berpuluh program berkonsepkan rakyat bakal diadakan seperti pertandingan memancing, menangkap itik, mengagau ikan dan Lumba Kerbau Besi -- acara unik untuk pengunjung nikmati.

 

LOKASI: Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis.

TELEFON: 04-979 3600/3604

 

Destination: