Fuiyo Toilet Lutsinar? Ini Nak Masuk Pun Rasa Insecure!

August 28, 2020 - 03:26 PM


Negara Jepun merupakan sebuah negara yang sering dipandang tinggi oleh negara lain termasuklah Malaysia. Daripada segi budaya, makanan, dan kebersihan, negara mereka sememangnya tip top. Mereka juga sering membuat inovasi bagi meningkatkan kehidupan mereka seperti vending machine untuk makanan panas, waiter robot, dan macam-macam lagi la.

Kali ni mereka membawa satu kelainan dimana mereka menciptakan toilet lutsinar di tempat awam. Maknanya kalau kita tengah berhajat orang boleh nampak?? Rileklah, toilet ni agak canggih sebenarnya. Bila orang dah masuk dia automatik akan cover seluruh permukaan tu. Tak faham? Tengok gambar di bawah ni.

Wau nampak cool gila kan? Tapi kenapa diorang design toilet macam ni? Menurut Shigeru Ban Architects, syarikat yang design toilet ni, mereka memahami situasi orang yang takut nak pergi tandas awam atas sebab kebersihan dan tak tahu ada orang ke tak. Jadi mereka tackle dua problem dengan satu solution.

Dan tolong jangan lupa lock pintu tu. Bila lock baru gelas lutsinar tu bertukar jadi frosted okay? Ada tau kes orang lupa nak lock. Yelah even dah jadi frosted pun material dalam toilet tu still buat anda nampak reflection sendiri. Jadi keliru dah lock ke belum.

Tapi nampaknya penduduk Jepun sendiri suka dengan konsep ni. Yelah siapa je nak bertembung dengan orang lain bila nak pergi toilet kan? Ni sekali pandang dah tau dah toilet tu tak ada orang. Jadi apa pendapat anda mengenai toilet ni? Kalaulah toilet ni dipasang di Malaysia agak-agak kena kecam tak dengan netizen?

 

Sumber: CNN Travel