Makan Mewah Dalam Hutan, Diambil Dan Dihantar Teksi Terbang

March 25, 2021 - 06:07 PM


Bagi korang yang kaki travel yang suka mencari makanan mewah ataupun pengalaman makan yang unik, mesti korang akan suka konsep baru daripada EHang Holdings dan arkitek di Giancarlo Zema Design Group yang berpangkalan di Rom, Itali.

Bukan sahaja dapat pengalaman makan mewah di dalam hutan, malah korang akan dihantar dan diambil oleh teksi terbang yang akan mendarat di atas menara setinggi 100 kaki yang diberi nama vertiport, jadi korang akan makan di dalam menara tanpa perlu naik lif dari bawah untuk ke atas. 

Menara vertiport itu akan dibina dan membolehkan teksi terbang tanpa pemandu untuk mendarat, dan lebih menarik lagi, menara tersebut bersifat mesra alam kerana di bahagian atas bumbung setiap menara vertiport akan dilengkapi dengan non-slip panel solar yang mampu menghasilkan tenaga lebih 300 kilowatt setiap hari. 

Menara tersebut turut akan dibina di dalam hutan belantara, memberikan pelancong nikmat makan mewah sambil menyaksikan kehijauan hutan belantara, berlatar belakangkan gunung-ganang. 

Konsep pembinaan menara tersebut membolehkan para pelancong menikmati makan mewah sambil menyaksikan kehijauan hutan belantara dengan berlatar belakangkan gunung-ganang di Itali. Selepas selesai menikmati hidangan di menara tersebut, korang akan diterbangkan semula ke hotel atau penginapan mereka.

Reka bentuk unik menara vertiport diilhamkan daripada Baobab - sebatang pokok lama yang berasal dari Afrika. Vertiport tersebut aka dibina dengan kombinasi kayu berlamina dan keluli, serta dilengkapi dengan kafe, ruang menunggu dan restoran berpanorama seluas 2,153 kaki persegi (200 meter persegi).

Tidak seperti helikopter tradisional, teksi terbang itu direka seperti dron komersial yang besar, dengan lapan rotor berkembar di bahagian tengah kokpit penumpang, serta menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik. 

Lokasi sebenar menara berkenaan masih belum diumumkan, namun para pemaju sudah merancang konsep sama di seluruh Eropah dan Asia Tenggara.

Sumber: Astro Awani