Agong Harap Nilai Bida RM1.75 Juta Plat FFF 1 Digunakan Kerajaan Untuk Bantu Rakyat

TERKINI
June 20, 2024 - 10:37 AM


Nombor plat kenderaan keluaran khas iaitu FFF 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

Dalam hantaran di Facebook rasmi pagi ini, Seri Paduka Baginda berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat. 

“Seri Paduka Baginda berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat,” katanya.

Dalam perkongsian di media sosial tersebut, kelihatan Sultan Ibrahim perkenan menerima plat FFF 1 daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri FFF dilancarkan oleh Anthony pada 11 Mei lalu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka.

Ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-78. 

Anthony Loke berkata, nombor siri istimewa itu dibuka untuk bidaan bermula 11 Mei dan berakhir pada 10 malam, 15 Mei sebelum keputusan penawaran diumum keesokan harinya. 

Untuk rekod, tahun lalu nombor plat keluaran khas FF1 yang bernilai RM1.2 juta juga menjadi milik Seri Paduka Baginda selepas membidanya dengan jumlah yang paling tertinggi pernah dikutip kerajaan. 

 

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: