"Api Tak Nak Padam Pula"- Aksi Abang Bomba 'Berguling' Untuk Padamkan Api Buat Netizen Terhibur

TERKINI
December 18, 2023 - 01:14 PM


Menjadi satu tradisi ketika di zaman sekolah untuk menghadiri dan melihat latihan kebakaran dijalankan bagi menyediakan kita apabila berdepan dengan sesuatu kebakaran.

Jika dahulu kita didatangi oleh abang bomba untuk hanya berlatih padamkan api dan mengetahui cara untuk menyelamatkan diri, kini anak-anak di sekolah dibawa ke balai bomba sebagai satu lawatan untuk melihat demonstrasi dan banyak lagi.

Terbaru, menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang bomba membuat demonstrasi memadamkan api pada pakaian dengan berguling-guling di hadapan pelajar tadika.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai kerana api pada pakaian tidak padam-padam walaupun sudah berkali-kali bergolek sehinggalah rakan sekerja bomba membantu. Keadaan tersebut menghiburkan netizen yang rata-ratanya memberi komen yang lucu di video tersebut.

“Siot semalam 2 kali pusing je dah padam.

"Aduhh api tak bagi kerjasama ye. Mesti tak datang rehearsal.

"Kesian member kena golek banyak kali," komen mereka.

Walaupun terhibur dengan aksi abang bomba, orang ramai juga memuji aktiviti tersebut yang dilihat sebagai sesuatu yang bagus untuk kanak-kanak kerana pendedahan ini akan membuatkan kanak-kanak tidak panik jika berdepan dengan situasi tidak diingini.

 

Kredit: The Vocket

Destination: