Atuk Bagi Duit Raya Sambil Tunggu Cucu Di Sekolah Buat Warganet Terharu

TERKINI
April 08, 2024 - 02:32 PM


Apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah pastinya anak-anak berasa teruja untuk meraikannya. Ada yang tidak sabar untuk membeli baju raya bersama ibu bapa dan ada juga yang tidak sabar untuk bersalaman di pagi Hari Raya kerana waktu itulah anak-anak menerima duit raya.

Namun siapa sangka, sifat pemurah seorang lelaki yang meraikan anak-anak ini lebih awal di waktu akhir-akhir persekolahan sebelum cuti berhari raya.

Tular satu video yang memaparkan sifat pemurah seorang lelaki memberi duit raya kepada segelintir murid di sebuah sekolah sewaktu menunggu cucunya keluar sekolah membuat ramai warganet terharu.

Situasi yang jarang dilihat oleh masyarakat dikongsikan @ricxxxkiddo di laman X yang memperlihatkan lelaki berusia itu menghulurkan wang kepada setiap kanak-kanak yang keluar dari pintu pagar sekolah.

Berdasarkan rakaman, budak-budak berkenaan jelas terkejut dan dengan gembira menunjukkan helaian wang kertas itu kepada ibu bapa mereka. Moga dimurahkan rezeki pakcik dan selamat hari raya buat semua!

Destination: