"Banjir Pun Tetap Miang" - Atuk Usia 61 Tahun Cabul Dua Orang Kanak-Kanak Di Pusat Pemindahan Banjir

TERKINI
November 23, 2023 - 04:26 PM


Seperti sedia maklum, gelombang pertama banjir yang memasuki hari keempat di negeri pantai timur menyaksikan jumlah mangsa yang terjejas terus menunjukkan penurunan.

Setakat 8 pagi, seramai 3,581 mangsa daripada 957 keluarga masih berada di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah. Ketika ini, daerah masih terjejas adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Besut dan Dungun.

Namun di sebalik indikasi yang positif, satu insiden yang menjijikkan berlaku di pusat pemindahan banjir Kuala Nerus. 2 budak perempuan 7 tahun dicabul lelaki warga emas ketika mereka semua berada di pusat pemindahan banjir

.Suspek usia 61 guna alasan bantu ulangkaji pelajaran sebelum cabul mangsa. Kejadian disedari keluarga dan buat laporan polis-Ketua Polis Terengganu.

Sumber:  @redzuanNewsMPB (X)

Destination: