"Depa Tunggu Aku Nak Buat Salah" - Video 'Riak' Chef Ammar Undang Kecaman

TERKINI
March 18, 2024 - 02:12 PM


Sebelum ini, tular tentang sebuah hantaran di media sosial berkenaan kedai Nasi Arab milik seorang chef dari Palestin iaitu Chef Ammar diboikot orang ramai. Hal itu menyebabkan seorang individu yang merupakan pencipta kandungan bertindak untuk menjumpai chef tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut Chef Ammar, hantaran tersebut disalah erti oleh ramai pihak kerana pada hari kejadian, kedainya baru sahaja dibuka kepada orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner, dapat dilihat ramai pengunjung di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam beratur untuk membeli juadah berbuka di gerai Chef Ammar.

Namun begitu, perkataan yang diucap Chef Ammar meraih perhatian ramai yang rata-ratanya berpendapat chef tersebut kelihatan berlagak dan bongkak.

“Malaysia is on me now, mereka tunggu saya nak buat salah macam mana. Nak compare me, compare me with somebody like me la. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king, and i’m still king. Itu sahaja. Dont be smart with master,” katanya. 

Namun begitu, ramai juga yang mempertahankan Chef Ammar selain menyifatkan ayat Chef Ammar tersebut adalah berbentuk gurauan dan tidak berniat untuk bersikap riak.

Dalam video itu juga, Chef Ammar menjawab pelbagai persoalan seperti dakwaan perniagaannya tidak laku serta diboikot dan perbezaan resipi beliau dengan peniaga lain.

Dia menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaanya supaya tidak membuat kerja tuhan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai perniagannya kerana hanya tuhan yang menentukan rezeki. 

“Kalau tuhan izin nak jatuhkan saya, tuhan izin. Kalau tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak boleh lah.

“Ini semua kerja Allah, jangan jadi tuhan..itu sahaja. Tapi alhamdulilah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong perniagaan saya,” katanya. 

 

Sumber: Facebook

Destination: