Gara-Gara Tayang Astro Secara Haram, Restoran Nasi Kandar Terkenal Terpaksa Bayar Lebih RM200,000

TERKINI
August 19, 2024 - 04:12 PM


Menonton perlawanan bola sepak mahupun acara sukan terkenal di restoran nasi kandar sudah menjadi satu norma buat masyarakat Malaysia. Namun, adakah premis berkenaan boleh menayangkan siaran langsung secara terbuka di premis mereka?

Baru-baru ini, sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal dalam negara terpaksa membayar ratusan ribuan ringgit ekoran sebagai pampasan kerana menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.

Menurut laporan Astro Arena, dalam penyelesaian yang dibuat menerusi penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd — iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.

(Gambar sekadar hiasan)

Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.

(Gambar sekadar hiasan)

Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.

 

Destination: