Jerman Mulakan Percubaan Bekerja 4 Hari Dalam Seminggu, Gaji Tetap Bayar Full

TERKINI
February 07, 2024 - 11:56 AM


Pada tahun 2021 di Uk, sebuah gerakan bekerja sebanyak empat hari seminggu telah diperkenalkan dan mula diuji di 70 syarikat. Hasilnya, 70 syarikat berkenaan mendapati produktiviti pekerja meningkat, kakitangan kurang mengambil cuti sakit, masalah berhenti kerja kurang dan pekerja yang melaporkan diri merasa lebih gembira.

Hal tersebut telah membuka pintu kepada negara Jerman di mana sebuah percubaan akan dilaksanakan. Menurut laporan, sebanyak 45 syarikat akan menyertai ujian fasa pertama bekerja empat hari seminggu yang dianjurkan oleh firma perundung Intraprenör dan NGO 4 Day Week Global (4DWG).

Dalam pungutan suara yang dilakukan di Jerman sebelum ini, 71% peratus responden mengatakan mereka ingin diberikan peluang bekerja empat hari seminggu. Sementara itu hanya 46% majikan berkata mereka terbuka kepada idea menawarkan waktu kerja yang lebih pendek ini.

Jerman kini berhadapan masalah produktiviti dan juga tenaga kerja yang semakin berkurangan. Ini kerana, sejak beberapa tahun lepas, kos tenaga di negara itu semakin meningkat menyebabkan banyak syarikat berdepan kekangan operasi dan menjejaskan produktiviti.

Dilaksanakan bermula 1 Februari lepas, percubaann empat hari bekerja ini diharap akan dapat menarik minat orang ramai untuk kembali bekerja.

Selain itu menurut sumber, walaupun tempoh bekerja dikurangkan, pekerja di syarikat yang terlibat masih akan terus menerima gaji penuh mereka.

Namun begitu, seorang penyelidik di Institut Ekonomi Jerman (IW) Cologne, Holger Schäfer berpendapat sebaliknya. Beliau berkata adalah mustahil untuk meningkatkan produktiviti sebanyak 25% dengan mengurangkan waktu bekerja sebanyak 20%.

Seorang lagi ahli ekonomi, Bernd Fitzenberg berkata, kerja empat hari seminggu mungkin boleh meningkatkan kos bagi syarikat. Lebih-lebih lagi jika produktiviti syarikat tidak meningkat selepas cadangan itu dilaksanakan.

“Ia lebih mencabar dalam bidang di mana perkhidmatan perlu disediakan pada masa yang ditetapkan untuk pelanggan, misalnya merawat pesakit,” katanya.

Cadangan itu juga sukar dilaksanakan dalam industri perkhidmatan keselamatan dan pengangkutan.

 

Sumber: DW, Siakap KeliAmanzMe

Destination: