Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan.
"JKR akan menyenaraikan dan menilai, mana satu jalan yang sesuai untuk digunakan teknologi glow in the dark terutama di kawasan tiada pendawaian atau tidak sesuai ada tiang elektrik, kawasan terlalu gelap, selekoh berbahaya dan jalan yang menghubungkan antara pekan," katanya.
Mohamad Fazli mengulas mengenai pelaksanaan untuk menaik taraf garisan jalan dengan menggunakan teknologi glow in the dark.
Menurutnya, teknologi yang memantulkan cahaya pada garisan pembahagi jalan itu memerlukan kos tinggi untuk dilaksanakan berbanding garisan pembahagi jalan biasa.
"Berbanding garisan pembahagi jalan biasa, kos bagi teknologi glow in the dark ini harga adalah berlipat kali ganda. Tetapi apabila digunakan teknologi ini, mungkin kita tidak perlu lagi menggunakan lampu jalan.
"Peruntukan RM1 juta ini mungkin tidak banyak, tetapi ini adalah permulaan untuk kita mempelbagaikan teknologi seumpama ini di Johor," katanya.
Sumber: BERNAMA