"Kenapa Membazir? - Puluhan Kampit Beras, Sardin & Tepung Dibuang & Dibakar

TERKINI
April 19, 2024 - 11:59 AM


Semalam, tular di media sosial satu posting yang puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di satu kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum dekat sini.

Difahamkan, gambar itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

@shahril_azman #jengkasejahtera #pnterajupahang #PahangBerkatMakmurSejahtera #fyp ♬ original sound - Shahril_Azman

Posting tersebut mendapat reaksi yangnegatif dan ramai yang tampil dengan pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi termasuk antara punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sekarang. Lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang bertindak untuk membakar barangan tersebut.

Terkini, bekas timbalan menteri dalam negeri Ismail Mohamed Said meminta maaf dan mengakui kesilapan melupuskan puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh.

Mengulas penularan isu itu di media sosial, Ismail mengakui bertanggungjawab atas perkara berkenaan dan menjelaskan semuanya adalah stok simpanan untuk diberikan kepada orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ketua Umno Kuala Krau yang kalah pada PRU15 turut menjelaskan barangan dapur terbabit yang kini sudah rosak dibeli sebelum pilihan raya menggunakan peruntukan peribadi dan tiada sebarang pemberian kepada orang awam ketika kempen.

Katanya, tiada dana kerajaan pusat dan negeri digunakan selain ia tidak termasuk dalam peruntukan menyediakan keperluan ketika Covid-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

Ismail menjelaskan, pada 5 April lalu beliau menerima aduan daripada jiran menyatakan ada bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut dan pemeriksaan mendapati ada beberapa bangkai tikus manakala beras dicemari bubuk/kutu.

“Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebahagian beras itu diserahkan kepada penternak ayam dan itik di sekitar manakala bakinya dilupuskan.

“Saya mengambil tanggungjawab, menyesali perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan,” katanya.

Destination: